Mahathir, empat lagi failkan saman minta kerusi Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat diisytihar kosong

Saman Mahathir turut meminta pengisytiharan kerusi Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia sejak 13 Julai 2020 masih kosong. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير، امڤت لاڬي فايلكن سامن مينتا كروسي سڤيكر، تيمبالن سڤيكر ديوان رعيت داشتهار كوسوڠ

Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat Ahli Parlimen lain hari ini memfailkan saman pemula bagi mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain Dr Mahathir, turut memfailkan saman pemula itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.

Melalui saman pemula itu, plaintif menuntut pengisytiharan pelantikan Azhar dan Azalina sebagai Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020 adalah tidak sah, tidak menepati serta bercanggah dengan Perlembagaan atau Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan.

Plaintif turut meminta selepas pengosongan jawatan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, ahli Dewan Rakyat diberi peluang untuk mencalonkan pilihan masing-masing bagi jawatan itu.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat Ahli Parlimen lain hari ini memfailkan saman pemula bagi mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain Dr Mahathir, turut memfailkan saman pemula itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.




Mereka selaku plaintif memfailkan saman itu di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan Law Practice of Rafique.

Dalam saman pemula itu, plaintif turut menamakan Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Nizam Mydin Bacha Mydin, masing-masing selaku defendan ketiga dan keempat.

Melalui saman pemula itu, plaintif menuntut pengisytiharan pelantikan Azhar dan Azalina sebagai Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020 adalah tidak sah, tidak menepati serta bercanggah dengan Perlembagaan atau Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan.

Plaintif turut meminta selepas pengosongan jawatan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, ahli Dewan Rakyat diberi peluang untuk mencalonkan pilihan masing-masing bagi jawatan itu.

Saman itu turut meminta pengisytiharan kerusi Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia sejak 13 Julai 2020 masih kosong.

Tetuan Law Practice of Rafique dalam kenyataannya berkata, jawatan Speaker adalah dalam tempoh penggal Parlimen. Ketika kerajaan terdahulu mengambil alih kuasa, jawatan Speaker kosong secara automatik apabila Parlimen Ke-13 dibubar.

“Berbeza dengan pengosongan kerusi Speaker pada kali ini di mana tempoh Parlimen masih wujud dan belum dibubar.

Loading...

“Plaintif berpegang teguh kepada doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan teragak-agak untuk bersuara apabila timbul percubaan campur tangan oleh Perdana Menteri terhadap Dewan Rakyat,” kata kenyataan itu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...