Mahathir: Fungsi TPM lebih tinggi berbanding Agong?

Berikut merupakan penulisan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad:


Mahathir Mohamad

TIMBALAN PERDANA MENTERI

1. Saya membelek Perlembagaan Persekutuan, tiba-tiba saya dapati perbezaan dalam peruntukan di bawah Artikel 33A.




2. Bacaannya seperti berikut: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan”.

3. Jelas sekali bahawa dengan hanya didakwa dengan kesalahan sudah dianggap serius hinggakan individu seperti YDP Agong terhenti fungsi-fungsi sebagai YDP Agong.

4. Ia tidak menyebut perlu didapati bersalah terdahulu maka fungsi Baginda terhenti. Dengan hanya didakwa sudah jelas bahawa perlembagaan menetapkan terhentinya fungsi Baginda.

5. Sekarang bagaimana pula dengan jawatan yang lebih rendah seperti Timbalan Perdana Menteri. Dia sudah didakwa dengan 40 pertuduhan. Namun dia masih dilantik sebagai TPM dan masih menjawat jawatan itu.

6. Apakah fungsi TPM lebih tinggi hinggakan dia dilayan lebih tinggi berbanding YDP Agong?

7. Ada keperluan bagi Reformasi di sini, pada fikiran saya.

8. Takpalah, saya akan jaga cucu sekarang. Lupakan saja perkara ini.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...