Mahathir: Hamid Bador ada prinsip, kontraknya patut dilanjutkan

Menurut Mahathir, dia tidak pernah campur tangan dalam pelantikan pegawai polis semasa menjadi perdana menteri kerana yakin bahawa pasukan itu melakukan kerja dengan baik. Sumber (gambar): TTF

محضير: حميد بادور اد ڤرينسيڤ، كونتركڽ ڤاتوت دلنجوتكن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Tan Sri Abdul Hamid Bador seharusnya diminta untuk kekal sebagai Ketua Polis Negara (KPN) hingga tempoh Darurat berakhir.

Ini menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, dia melantik Hamid sebagai KPN pada 2019 setelah menyedari Hamid menolak untuk bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri susulan kritikannya terhadap siasatan 1MDB pada 2015.

Menurut Mahathir, seseorang akan memerlukan lima atau enam tahun untuk membersihkan pasukan polis sepenuhnya, sambil menambah bahawa kontrak dua tahun Hamid seharusnya dilanjutkan.

Walaupun begitu, katanya, dia bangga kerana Hamid berjaya mengenal pasti beberapa pegawai polis yang korup dalam tempoh pendeknya dan yakin ada banyak lagi pegawai atasan yang terlibat dalam rasuah.


PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Hamid Bador seharusnya diminta untuk kekal sebagai Ketua Polis Negara (KPN) hingga tempoh Darurat berakhir.

Ini menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, dia melantik Hamid sebagai KPN pada 2019 setelah menyedari Hamid menolak untuk bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri susulan kritikannya terhadap siasatan 1MDB pada 2015.




“Itulah sebabnya ketika saya menjadi perdana menteri, saya memilihnya, kerana dia memiliki prinsip dan berusaha membersihkan pasukan polis,” katanya.

Menurut Mahathir, seseorang akan memerlukan lima atau enam tahun untuk membersihkan pasukan polis sepenuhnya, sambil menambah bahawa kontrak dua tahun Hamid seharusnya dilanjutkan.

Walaupun begitu, katanya, dia bangga kerana Hamid berjaya mengenal pasti beberapa pegawai polis yang korup dalam tempoh pendeknya dan yakin ada banyak lagi pegawai atasan yang terlibat dalam rasuah.

Baru-baru ini, Hamid menuduh menteri dalam negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mencampuri urusan polis dan “mendesak diberi kuasa” untuk menentukan di mana pegawai polis tertentu harus ditempatkan.

Menurut Mahathir, dia tidak pernah campur tangan dalam pelantikan pegawai polis semasa menjadi perdana menteri kerana yakin bahawa pasukan itu melakukan kerja dengan baik.

Mahathir menambah, dia menerima siapa sahaja yang dilantik oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan mengemukakan nama mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Terkini: Komplot terancang calar reputasi Hamid Bador terbongkar

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...