
محضير: جاڠن ڤندڠ ريڠن وابق چوۏيد-19
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati orang ramai agar jangan memandang ringan pandemik Covid-19.
Di dalam satu posting menerusi Instagram chedetofficial (bawah), Mahathir berkata wabak ini amat berbahaya kerana ia merupakan sejenis ‘plague’ yang merebak.
Sebelum itu, Mahathir yang dilaporkan negatif terhadap jangkitan COVID-19 memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa akan tetap mematuhi protokol kuarantin selama 14 hari.
“Ujian tersebut telah disahkan negatif, namun dia (Tun M) masih akan mengikuti protokol kuarantin selama 14 hari,” pembantunya dilaporkan berkata.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati orang ramai agar jangan memandang ringan pandemik Covid-19.
Di dalam satu posting menerusi Instagram chedetofficial (bawah), Mahathir berkata wabak ini amat berbahaya kerana ia merupakan sejenis ‘plague’ yang merebak.
“Wabak ini boleh menjangkit berpuluh ribu malah beratus ribu orang.
“Semua langkah berjaga0-jaga ini perlu dilakukan sekarang ini, jangan ambil ringan perkara ini.”
Sebelum itu, Mahathir yang dilaporkan negatif terhadap jangkitan COVID-19 memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa akan tetap mematuhi protokol kuarantin selama 14 hari.
“Ujian tersebut telah disahkan negatif, namun dia (Tun M) masih akan mengikuti protokol kuarantin selama 14 hari,” pembantunya dilaporkan berkata.
Terdahulu, Tun Mahathir dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif COVID-19.
Beberapa hari lepas, Dr Mahathir juga memuat naik nasihat kepada rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjangkiti orang lain.
https://www.instagram.com/p/B96GBCdhpCZ/?utm_source=ig_web_copy_link
THE THIRD FORCE
