
محضير: كالاو ڤاكتن هارڤن نق، سكارڠ ڤون ساي بوليه لتق جاوتن
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan serta-merta jika itu yang dimahukan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa mesti diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malam tadi, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, memberitahu satu forum bahawa kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.
Beliau turut berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH.
Walaubagaimanapun, ramai berpendapat tindakan Anwar dan penyokongnya mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa sejak hujung tahun 2018 merupakan sebab sebenar pelabur khuatir.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan serta-merta jika itu yang dimahukan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa mesti diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Perkara ini (peralihan kuasa) akan diputuskan apabila empat parti bersama (dalam Majlis Presiden PH) sama ada mereka mahu saya pergi (serah jawatan) atau sebaliknya.
“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, Anwar dan kumpulan penyokongnya, termasuk Otai Reformasi, kerapkali mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa dengan mendesak Mahathir menetapkan tarikh pesaraannya.
Pada 10hb Disember 2019, Mahathir memberitahu Reuters bahawa beliau tidak akan serah kuasa sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bakal berlangsung di Malaysia bulan November ini.
Walaubagaimanapun, empat hari kemudian, beliau memberitahu sebuah forum di Doha bahawa beliau mungkin akan kekal sebagai Perdana Menteri melangkaui tahun 2020.
Mahathir kemudian berkata beliau tidak pasti siapa yang akan menjadi penggantinya selepas itu.
Malam tadi, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, memberitahu satu forum bahawa kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.
Beliau berkata peralihan kuasa yang segera akan membolehkan Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH.
Walaubagaimanapun, ramai berpendapat tindakan Anwar dan penyokongnya mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa sejak hujung tahun 2018 merupakan sebab sebenar pelabur khuatir.
Ini memandangkan tindak-tanduk Anwar memberikan persepsi seolah-olah politik negara sedang bergolak dan mungkin akan meletus pada bila-bila masa, menyebabkan ramai pelabur menarik komitmen mereka dan beralih ke negara jiran.
TTF difahamkan bahawa perkara ini disengajakan oleh Anwar sebagai langkah jangka panjang untuk melumpuhkan ekonomi agar Mahathir terus dipersalahkan dan digesa untuk bersara.
THE THIRD FORCE
