محضير – كناڤ اڤندي تيدق دسياسات برهوبوڠ كيس 1مدب، بوكنكه حاكيم سنديري كات دي تيڤو؟
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa Tan Sri Apandi Ali tidak disiasat berhubung peranannya melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tindakan undang-undang.
Di dalam video berdurasi 2.14 minit yang dimuat naik ke Facebook, Mahathir berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar sendiri membuat kesimpulan, bahawa Apandi, antaralain, adalah seorang yang tidak bercakap benar dan gagal melaksanakan tugas sebagai peguam negara.
“Hakim Azimah telah membuat kesimpulan, bahawa Apandi, antaralain, adalah seorang yang tidak bercakap benar, gagal melaksanakan tugas sebagai peguam negara…ada asas untuk disiasat kerana disyaki bersubahat dan melindungi jenayah 1MDB,” kata Mahathir.
“Berikutan kenyataan Azimah, banyak laporan polis dibuat terhadap Apandi, tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Sebaliknya, kerajaan beri pampasan jutaan ringgit pada Apandi kerana kerajaan terdahulu telah tamatkan perkhidmatannya atas kegagalan menjalankan tugasnya.”

Mahathir turut berkata, berdasarkan penghakiman bertulis Azimah, wujud asas untuk menyiasat Apandi kerana disyaki bersubahat dan melindungi jenayah 1MDB.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Saya berasa amat pelik, kenapa sehingga kini, tidak ada sebarang siasatan atau tindakan diambil terhadap Tan Sri Apandi Ali.
“Apandi telah melakukan kesalahan semasa dia menjadi peguam negara sebelum Tommy Thomas.
“Kesalahannya, melepas Datuk Seri Najib dari sebarang tindakan undang-undang jelas menunjuk Apandi terbabit di dalam menutup skandal 1MDB, sedangkan Najib kini dipenjara.
“Bahkan, pada 23hb Mei 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar, di dalam penghakiman bertulisnya sebanyak 100 muka surat, menolak saman fitnah Apandi terhadap Lim Kit Siang.
“Hakim Azimah telah membuat kesimpulan, bahawa Apandi, antaralain, adalah seorang yang tidak bercakap benar, gagal melaksanakan tugas sebagai peguam negara…ada asas untuk disiasat kerana disyaki bersubahat dan melindungi jenayah 1MDB,” kata Mahathir.
Mahathir menambah, Hakim Azimah turut menyatakan rasa meluat mahkamah terhadap betapa kejinya kenyataan Apandi yang bercanggah, mengelak dan melakukan penipuan yang jelas.
“Berikutan kenyataan Azimah, banyak laporan polis dibuat terhadap Apandi, tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Sebaliknya, kerajaan beri pampasan jutaan ringgit pada Apandi kerana kerajaan terdahulu telah tamatkan perkhidmatannya atas kegagalan menjalankan tugasnya.”
THE THIRD FORCE