Mahathir: Lompat parti umpama khianat amanah rakyat

Dr Mahathir berkata, wakil rakyat tidak patut mengubah pegangan dan prinsip mereka walaupun parti yang disertainya beralih arah atau menyimpang daripada matlamat asal perjuangan dan penubuhannya. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: لومڤت ڤرتي أومڤام خيانت أمانه رعيت

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat supaya tidak melupakan janji ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan mandat yang telah diberikan rakyat selepas dipilih.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat berhak menerima pemerintah lama atau menukar parti kerajaan yang baharu dan ahli politik perlu menghargai majoriti rakyat itu sebagai satu tanggungjawab.

Beliau menjawab soalan pelayar berhubung tindakan beberapa wakil rakyat ‘lompat parti’ untuk menyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang cuba menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Dr Mahathir berkata, wakil rakyat tidak patut mengubah pegangan dan prinsip mereka walaupun parti yang disertainya beralih arah atau menyimpang daripada matlamat asal perjuangan dan penubuhannya.


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat supaya tidak melupakan janji ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan mandat yang telah diberikan rakyat selepas dipilih.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat berhak menerima pemerintah lama atau menukar parti kerajaan yang baharu dan ahli politik perlu menghargai majoriti rakyat itu sebagai satu tanggungjawab.




“Masalahnya di negara kita, setelah rakyat pilih kerajaan, ada cara-cara yang mereka guna untuk menidakkan pilihan rakyat. Ini saya fikir sesuatu yang tidak baik, tidak patut dilakukan kerana kita buat janji kepada rakyat, kerana janji kita itu, maka rakyat sokong kita dan kita menang.

“Kita mesti tunaikan janji, tetapi sebaliknya walaupun kita telah janji, kita gunakan tempat (kedudukan) kita itu untuk menolak pilihan rakyat. Ini tidak baik, atau ada cara boleh buat demikian, kita tidak harus buat demikian. Kita perlu pegang pada prinsip,” katanya dalam forum edisi khas bertajuk ‘Wawasan 2020’ malam tadi.

Beliau menjawab soalan pelayar berhubung tindakan beberapa wakil rakyat ‘lompat parti’ untuk menyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang cuba menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Dr Mahathir berkata, wakil rakyat tidak patut mengubah pegangan dan prinsip mereka walaupun parti yang disertainya beralih arah atau menyimpang daripada matlamat asal perjuangan dan penubuhannya.

“Apa yang berlaku kadang-kadang bukan parti yang menyeleweng tetapi janji manis pihak lain. Kita lupa janji yang dibuat terhadap rakyat. Kita tinggal parti kita. Ini tidak baik bagi sesebuah negara demokratik kerana kita abaikan janji kita pada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, DAP Sabah mendakwa tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditawarkan wang dan jawatan supaya berpaling tadah berikutan desas-desus kerajaan negeri akan jatuh ke tangan pembangkang.

Dua daripadanya ialah ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang dan ADUN Elopura, Calvin Chong membuat laporan polis berhubung kehadiran ejen politik di kediaman mereka untuk memberi tawaran melompat parti.

Loading...

Jannie membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang manakala Calvin membuat laporan di Balai Polis Sandakan.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Jannie berkata, beliau didatangi tiga lelaki di kediamannya yang mendakwa mewakili anak seorang kenamaan juga ahli politik di Sabah untuk menyampaikan tawaran berkenaan.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula bertindak memecat Naib Ketuanya di Sabah dan ADUN Inanam, Kenny Chua serta-merta yang dilihat menghadiri sidang media Musa untuk mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kemudiannya mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang akhbar khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...