“Lim Guan Eng begitu bongkak apabila menjawab pertanyaan di parlimen dan berdepan dengan para wartawan serta gagal mengawal pemimpin-pemimpin DAP seperti Ronnie Liu yang berani mempertikaikan kepimpinan Mahathir di umum”
Raggie Jessy Rithaudeen
محضير مڠسا صفة بوڠكق، تعصوب ڤميمڤين ڤقر، أمانه، دڤ
Sikap tidak suka mendengar nasihat rakan-rakan seperjuangan dan perbalahan secaraa terbuka antara pemimpin-pemimpin DAP, AMANAH dan PKR merupakan punca sebenar Pakatan Harapan tumbang dengan begitu mudah.
Ini termasuklah keengganan beberapa pemimpin DAP untuk menerima nasihat dari parti-parti komponen lain, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli parlimen dan menteri kerajaan hinggakan semangat persaudaraan dan kesefahaman pudar terus.
Kesemua ini penyebab utama ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan sanggup terima lamaran daripada mana-mana pihak asalkan pihak tersebut bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sendiri tidak mampu mengawal parti pimpinannya, PKR.
Suka tak suka, pengkhianatan berlaku.
Ianya berpunca daripada sikap terdesak sebilangan tertentu pemimpin parti dan ahli parlimen untuk mencari jalan keluar termudah yang mampu menjurus kepada pembentukan sebuah gabungan pemerintah baru tanpa Anwar, AMANAH dan DAP.
Mangsanya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Anwar tidak berhenti-henti ungkit isu peralihan kuasa hinggakan ahli-ahli parlimen benar-benar mula khuatir samada Anwar mampu memimpin kerajaan persekutuan sekiranya diberi peluang ataupun sekadar kemaruk kuasa kerana menaruh dendam.
Jika ya pun Mahathir berjanji letak jawatan selepas dua tahun, desakan puak penyokong Anwar agar Mahathir menetapkan tarikh pengundurannya dan keengganan Anwar untuk ‘menasihati’ para penyokongnya tidak masuk akal kerana belum sampai lagi tempoh dua tahun yang diwar-warkan itu.
Hakikatnya, Anwar sendiri telah mengaku di Dewan Rakyat bahawa ‘tempoh dua tahun’ bagi peralihan kuasa Perdana Menteri hanya dilambung-lambung ketika pemimpin Pakatan Harapan mencapai konsensus berhubung isu berkenaan.
Lim Guan Eng pula begitu bongkak apabila menjawab pertanyaan di parlimen dan berdepan dengan para wartawan serta gagal mengawal pemimpin-pemimpin DAP seperti Ronnie Liu yang berani mempertikaikan kepimpinan Mahathir di umum.
Kesemua ini meresahkan sebilangan tertentu ahli parlimen dari PPBM, PKR, Sabah dan Sarawak yang mula mencari alternatif baru demi menjaga kedudukan masing-masing di Dewan Rakyat dan juga di kerajaan pusat agar sentiasa berpihak pada kerajaan pusat.
Maka, apabila Mahathir meletakan jawatan, mereka mula mengambil jalan pintas yang difikirkan mereka paling selamat dan mampu menumbangkan Pakatan Harapan biarpun terpaksa bekerjasama dengan UMNO, PAS, MCA dan MIC.
Justeru, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kerjasama dengan UMNO en bloc, mereka terus menerima cadangan tersebut kerana tahu kesefahaman antara UMNO dan PAS lebih utuh berbanding kesefahaman antara PKR, DAP dan AMANAH yang sudah lama pudar.
