Mahathir memangku jawatan Menteri Pendidikan

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير ممڠكو جاوتن منتري ڤنديديقن

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Jawatan tersebut kosong apabila Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan itu pada 2 Januari lalu.

Maszlee berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir pada pertemuan, hari yang sama.

Selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan pada Mei 2018, Dr Mahathir pernah menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Menteri Pendidikan.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.




“Berikutan dengan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan baru-baru ini, Jemaah Menteri pada 8 Januari telah bersetuju agar jawatan tersebut dipangku sementara oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Keputusan ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” memetik kenyataan itu.

Jawatan tersebut kosong apabila Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan itu pada 2 Januari lalu.

Maszlee berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir pada pertemuan, hari yang sama.

Selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan pada Mei 2018, Dr Mahathir pernah menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak tercapai apabila ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang menghalang Perdana Menteri memegang portfolio lain.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...