Mahathir memperjudikan rizab dollar Bank Negara

Dato’ Eric See-To

Tindakan Tun Dr Mahathir cuba untuk mempertahankan skandal RM31.5 bilion (kini bernilai RM100 bilion), tukaran matawang asing (forex) dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kehilangan RM160 bilion bagi rizab tukaran matawang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan satu usaha terdesak beliau.




Terdapat satu perbezaan sangat besar antara perjudian haram dan fungsi normal Bank Negara Malaysia dalam mengurus ketidakstabilan matawang.

Ramai yang tidak memahami bagaimana bank pusat seperti BNM mengumpul rizab tukaran matawang asing.

Apabila Ringgit berada di bawah pergerakan dibeli secara berterusan serta bergerak terlalu tinggi dengan cepat, BNM akan bertindak bagi menyerdahanakan pergerakan dengan menggunakan Ringgit untuk membeli Dolar Amerika.

Ini akan meningkatkan bekalan Ringgit lantas menyerdahanakan pergerakan meningkat yang terlalu cepat bagi kadar Ringgit berbanding Dolar Amerika. Apabila BNM melakukan ini, mereka akan mengumpul Dolar Amerika dan rizab matawang Dolar Amerika BNM bercambah.

Sejajar dengan itu, apabila Ringgit berada di bawah status jualan berterusan kerana pelabur mahu menggerakkan wang mereka keluar dari Malaysia seperti yang berlaku pada 2013 apabila Amerika Syarikat memberi isyarat akan menaikkan kadar faedah mereka.

BNM akan menjual rizab Dolar Amerika yang terkumpul sebelum ini dalam menghentikan kejatuhan Ringgit terlalu menjunam.

Malah, pembelian atau jualan secara tertumpu ini adalah tugas BNM dan ia adalah objektif mengapa mereka memiliki rizab tukaran matawang asing.

Loading...

Apabila BNM menjual Dolar Amerika bagi tujuan ini, TIADA WANG yang hilang kerana BNM memperoleh Ringgit bagi penjualan Dolar Amerika.

Ya, rizab tukaran matawang asing kita susut untuk tempoh sekarang namun kita memperolehi semula dalam Ringgit.

Sebab itulah BNM melaporkan laba bagi tanun 2014 (RM6.4 bilion), 2015 (RM7.8 bilion) dan 2016 (RM6.5 bilion).

Pada kes skandal BNM era Dr Mahathir, BNM melangkaui apa yang perlu mereka dipertanggungjawabkan.

Pada masa itu, mereka perjudikan nilai masa hadapan tukaran matawang asing menggunakan rizab dan bukannya belian dan jualan tertumpu.

Mereka memperimbangkan ia (seperti pembiayaan margin saham) untuk bertaruh sama ada sesuatu matawang akan menaik atau menyusut. Perimbangan itu sangat besar dan mendedahkan Malaysia kepada 5 kali ganda dari rizab kita atau 3 kali ganda KDNK, yang bermakna pertaruhan haram itu memungkinkan Malaysia bankrap sebanyak tiga kali.

Apabila anda bertaruh seperti ini dan rugi, anda kerugian rizab secara langsung dan tidak akan memperolehi semula Ringgit, dan tidak sama keadaannya ketika 2013 hingga 2016.

Malah, kerugian itu sangat besar mengakibatkan BNM secara teknikalnya muflis pada 1994 dan terpaksa mengambil langkah menjual saham mereka dalam MAS, Telekom dan Tenaga Nasional Berhad bagi menutup kerugian itu.

Sebagaimana laporan RCI nyatakan, kerugian ini disembunyikan menggunakan ‘perakaunan tidak konvensional’ seperti melencongkan rizab di dalam kunci kira-kira dan menyerap kerugian selebihnya dengan memindahlan saham dari kerajaan kepada BNM selain mewujudkan Perbelanjaan Tertunda yang memerlukan pembayaran dibuat secara ansuran selama sedekad.

Memburukkan lagi keadaan, RCI berkata, membenarkan pertaruhan ini dilakukan adalah salah di sisi undang-undang dan apabila berlaku kerugian, terdapat usaha menyembunyikan fakta dari kabinet dan parlimen.

Sama ada terdapat sesiapa yang mendapat manfaat dari kerugian besar dan salah di sisi undang-undang ini masih dalam siasatan dan kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Tetapi untuk Dr Mahathir cuba mengaitkan kerugian sebenar dalam skandal tukaran matawangnya dengan rizab matawang asing kita menyusut antara 2013 hingga 2016 berikutan BNM menjalankan tanggungjawab mereka, adalah sesuatu yang jelik.

Mungkin Dr Mahathir tidak sedar bahawa pada tempoh yang sama antara 2013 dan 2016, rizab matawang asing China juga menyusut USD800 bilion (RM3.2 trilion) kerana faktor yang sama rizab matawang asing kita menurun.

Sumber: Eric See-To



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...