
محضير: محي الدين چاكڤ تق سروڤا بيكين، اخيرڽ رعيت ترتيڤو
Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berjanji Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan ada wakil-wakil yang boleh dibeli oleh sesiapa sepertimana yang berlaku di parti-parti lain kebelakangan ini.
Bercakap pada majlis Ceramah Perdana Felda Trolak Utara sempena kempen Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Slim, Mahathir berkata salah satu sebab utama PEJUANG ditubuhkan ialah untuk “membersihkan politik isi poket.”
“Saya terkejut apabila Muhyiddin mencadangkan supaya kita jatuhkan kerajaan (pimpinan) Pakatan Harapan.
“Tetapi dia masih berdegil, kononnya nak buat kerajaan Melayu-Islam. Hari ini, parti Bersatu yang sedia dimiliki orang Melayu-Islam sekarang ini dibuka kepada semua orang lain.
“Cakap lain, buat lain.”
TROLAK UTARA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berjanji Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan ada wakil-wakil yang boleh dibeli oleh sesiapa sepertimana yang berlaku di parti-parti lain kebelakangan ini.
Bercakap pada majlis Ceramah Perdana Felda Trolak Utara sempena kempen Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Slim, Mahathir berkata salah satu sebab utama PEJUANG ditubuhkan ialah untuk “membersihkan politik isi poket.”
“Apabila ahli Bersatu berserta dengan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), kita lihat bagaimana parti Bersatu Muhyiddin ini begitu lemah dan takut kepada UMNO.
“Sepatutnya, ahli Bersatu itu patut kembali kepada kita. (Tapi) jawabnya, saya menteri…tak boleh keluar lah…
“(Maknanya), yang berjuang itu untuk menjadi menteri, nak dapat duit…itu lah perjuangan mereka,” katanya.
Menurut Mahathir, ahli parti PPBM yang mengkhianati rakyat bukannya berjuang untuk agama, bangsa dan negara, tetapi untuk gaji dan kedudukan.
“Saya terkejut apabila Muhyiddin mencadangkan supaya kita jatuhkan kerajaan (pimpinan) Pakatan Harapan.
“Saya berkata, kita dah berjanji kepada rakyat, kamu buat begini tak kena, kita mengkhianati janji kita kepada rakyat.
“Tetapi dia masih berdegil, kononnya nak buat kerajaan Melayu-Islam. Hari ini, parti Bersatu yang sedia dimiliki orang Melayu-Islam sekarang ini dibuka kepada semua orang lain.
“(Ini) kerana (dia) nak dapat sokongan, tapi beritahu nak buat kerajaan Melayu-Islam. Ini semua cara menipu rakyat.
“Cakap lain, buat lain.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
