Mahathir: Muhyiddin menipu Agong, beri gambaran Tuanku ‘diktator zalim’ menerusi Darurat

Menurut Mahathir, Muhyiddin berusaha agar undang-undang Darurat diisytihar kerana hanya dengan cara itu beliau boleh mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Sumber (gambar): TTF

محضير: محي الدين منيڤو اڬوڠ، بري ڬمبارن توانكو ءديقتاتور ظاليمء منروسي ضرورت

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang kelayakan menjadi Perdana Menteri ketika beliau menasihati Yang Di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat.

Dalam satu perutusan khas yang dibuat menerusi Facebook rasminya, Mahathir berkata, bukan hanya Muhyiddin telah kehilangan majoriti ketika nasihat itu diberikan, alasan yang diberikannya berhubung keperluan Darurat adalah satu pembohongan.

“Dengan pengekalan kuasa Perdana Menteri, maka hak untuk menasihat Yang Di-Pertuan Agong dikekalkan.

“Ini termasuk rampasan harta, nilai gantirugi tidak boleh dipertikai, denda RM5 juta, penjara 10 tahun, dan tidak boleh pertikai segala tindakan melalui mahkamah.

“Ini menjadi(kan) kerajaan ini kerajaan kuku-besi – dengan mengguna nama (Yang Di-Pertuan) Agong, ia menggambarkan Agong sebagai diktator yang zalim.

Muhyiddin kini berdepan dengan beberapa tindakan mahkamah dan rujukan kehakiman berhubung nasihat yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pengisytiharan Darurat.


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang kelayakan menjadi Perdana Menteri ketika beliau menasihati Yang Di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat.

Dalam satu perutusan khas yang dibuat menerusi Facebook rasminya, Mahathir berkata, bukan hanya Muhyiddin telah kehilangan majoriti ketika nasihat itu diberikan, alasan yang diberikannya berhubung keperluan Darurat adalah satu pembohongan.




“Sejak Darurat diisytihar, tidak ada satu pun tindakan yang diambil dalam membanteras wabak Covid-19 yang hanya dapat dilakukan di bawah undang-undang Darurat.

“Sebaliknya, semua tindakan yang diambil boleh dibuat di bawah undang-undang biasa. (Justeru), dakwaan bahawa wabak Covid-19 perlu ditangani di bawah undang-undang Darurat adalah satu pembohongan,” katanya.

Menurut Mahathir, Muhyiddin berusaha agar undang-undang Darurat diisytihar kerana hanya dengan cara itu beliau boleh mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Dengan kuasa Darurat, parlimen digantung supaya dirinya tidak boleh disoal atau dicabar. Warta kerajaan (pula) mengguna nama Yang Di-Pertuan Agong supaya Muhyiddin dilindungi.

“Segala-gala didakwa sebagai kehendak Yang Di-Pertuan Agong. Ini termasuklah mengekal kuasa Perdana Menteri dan kabinetnya.

“Dengan pengekalan kuasa Perdana Menteri, maka hak untuk menasihat Yang Di-Pertuan Agong dikekalkan.

“Ini bermakna apa sahaja yang dilakukan di bawah nama Yang Di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Perdana Menteri.

Loading...

“Ini termasuk rampasan harta, nilai gantirugi tidak boleh dipertikai, denda RM5 juta, penjara 10 tahun, dan tidak boleh pertikai segala tindakan melalui mahkamah.

“Ini menjadi(kan) kerajaan ini kerajaan kuku-besi – dengan mengguna nama (Yang Di-Pertuan) Agong, ia menggambarkan Agong sebagai diktator yang zalim.

“Sebaliknya, undang-undang ini dibuat oleh kerajaan (pimpinan) Muhyiddin.”

Muhyiddin kini berdepan dengan beberapa tindakan mahkamah dan rujukan kehakiman berhubung nasihat yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pengisytiharan Darurat.

Saman yang pertama dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, manakala beberapa ahli parlimen dan ADUN yang lain membuat permohonan rujukan bagi meminta mahkamah mengeluarkan perintah-perintah tertentu.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...