
محضير، مخريز، سنوسي برتمبوڠ ايسو ءڬنتي روڬيء رم1 بيلياون
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempersoal kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa tuntutan ganti rugi daripada syarikat konsesi balak yang dibatalkan mencecah RM1 bilion.
Menurutnya, ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, tidak ada tuntutan seumpamanya yang dihantar pemilik konsesi balak kepada pihaknya
Menjawab dakwaan ini, Sanusi berkata, kerajaan negeri ketika ini berdepan tuntutan terbaru dalam konsesi yang dibatalkan oleh pentadbiran sebelum ini di mana bukan lagi berjumlah RM1 bilion, tetapi sudah meningkat kepada RM1.5 bilion.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Sanusi menunukkan bukti tuntutan ganti rugi daripada syarikat konsesi balak yang dibatalkan yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
“Buktikan saman RM1bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar,” Mahathir menulis dalam Facebook beliau.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempersoal kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa tuntutan ganti rugi daripada syarikat konsesi balak yang dibatalkan mencecah RM1 bilion.
Menurut Sinar, Mukhriz melahirkan rasa hairan dengan jumlah tuntutan yang begitu tinggi, berbeza dengan nilai yang dikemukakan ketika beliau menerajui Kedah.
Menurutnya, ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, tidak ada tuntutan seumpamanya yang dihantar pemilik konsesi balak kepada pihaknya
“Mana mai tuntutan sampai RM1 bilion tu pula? Zaman PH tak sampai dua minggu lepas pun tak ada tuntutan dari pemilik konsesi balak sebanyak itu. Saya dah pesan dalam ucapan saya ketika melepaskan jawatan MB untuk tidak membuka balik kawasan balak Kedah,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mukhriz turut menempelak Muhammad Sanusi berhubung cadangannya membuka semula konsesi balak bagi menyelesaikan tuntutan berkenaan.
“Belum panas kerusi MB tu, dah buka balik? Buka semula konsesi balak?” soal Mukhriz lagi.
Menjawab dakwaan ini, Sanusi berkata, kerajaan negeri ketika ini berdepan tuntutan terbaru dalam konsesi yang dibatalkan oleh pentadbiran sebelum ini di mana bukan lagi berjumlah RM1 bilion, tetapi sudah meningkat kepada RM1.5 bilion.
Menurut laporan Harakah Daily, Sanusi menambah, tuntutan tersebut telah berlaku sebelum daripada ini lagi dan ketika itu beliau adalah Ketua Pembangkang DUN Kedah di mana didatangi persatuan dengan lebih kurang 40 pemegang konsesi yang telah diluluskan tapi dibatalkan.
Katanya, tuntutan mereka itu adalah sebanyak RM40,000 per hektar melibatkan jumlah keseluruhan itu 2,000 hektar lebih, dengan cadangan dibuat untuk menggantikan kawasan lain bagi menghadapi kemelut tersebut.
“Ada satu contoh saya sebutkan kerajaan, sebuah kerajaan negeri yang menghadapi masalah yang sama, dan mahkamah memutuskan dia bayar ganti rugi RM60 juta kepada pemegang konsesi yang dibatalkan.
“Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri tersebut ialah, walaupun dia kena RM60 juta, tapi dia bagi balik baru ini dengan pemegang konsesi dan diganti tempat lain. RM60 juta pun tak layar bayarlah. Inikan pula RM1 bilion.
“Walaupun itu tuntutan, belum diperincikan, belum diperhalusi jumlah yang sepatutnya, kerugian yang ditanggung oleh pemegang konsesi. Tapi RM60 juta pun terlalu tinggi untuk sebuah kerajaan negeri.
“Jadi cadangan untuk penggantian di kawasan luar kawasan tadahan itu satu yang munasabah yang telah dilakukan oleh banyak kerajaan sebelum ini,” jawabnya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, tengahari tadi.
Beliau juga dilaporkan membalas bidasan Mukhriz dengan mengingatkan fakta pembentangan Jabatan Perhutanan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi Negeri Kedah pada 5 Mei lalu.
Menurutnya, Mukhriz maklum mengenai semua hal tersebut tetapi bersikap berpura-pura, namun Sanusi menegaskan, beliau memimpin kerajaan dengan kesediaan menghadapi semua cabaran dan masalah bersama seluruh EXCO dan pegawainya.
“Saya tidak akan mengambil sikap menyapu masalah masuk bawah karpet, seolah-olah kerajaan saya ini tidak menghadapi apa-apa masalah dan diberi gambaran yang baik-baik sahaja oleh siapa-siapa punlah, media, netizen, seolah-olah tak ada apa. Sebab saya sapu semua masuk bawah karpet ataupun saya pergi tepi saja, di depan saya semua benda-benda yang elok saja.
“Tapi bila kata jadi kerajaan, bila kita hadapi masalah, kita kena hadapi masalah itu, bukan kita ketepikan supaya orang belakang kita yang menanggung beban dan akibat daripada sikap kita yang melepas diri daripada menghadapi masalah. Saya rasa bukanlah seorang pemimpin yang baik bagi sebuah negeri bila mengenepikan masalah untuk ditanggung oleh generasi akan datang.
“Kitalah yang akan menentukan apakah akan berlaku pada masa depan, dan semua masalah halangan, rintangan yang ada pada masa ini mestilah dihadapi pada masa ini dengan semua kaedah yang adalah dalam pentadbiran kerajaan,” ujarnya menzahirkan keyakinan dan kesungguhan.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Sanusi menunukkan bukti tuntutan ganti rugi daripada syarikat konsesi balak yang dibatalkan yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
“Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1bilion? Sanggup tunduk ke pembalak?
“Buktikan saman RM1bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar,” Mahathir menulis dalam Facebook beliau.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
