Mahathir mungkin bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 guna bendera ‘parti baharu’

Mahathir membayangkan tidak akan memainkan peranan utama ketika Pilihan Raya walaupun akan tetap berkempen. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير موڠكين برتنديڠ د ڤيليهن راي عموم ك-15 ڬونا بنديرا ءڤرتي بهاروء

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sedang mempertimbangkan bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 bersama penyokongnya menggunakan bendera parti baharu.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya umum mengejut di tengah-tengah iklim politik yang tidak stabil, Mahathir berkata, beliau sudah tua dan mungkin akan berada ‘di tepi-tepi’ saja.

“Saya akan sangat tua pada masa itu. Saya mungkin akan berada ‘di tepi-tepi’ saja, menolong orang lain, menolong parti saya sendiri untuk bertanding dan semoga (kami) dapat memperoleh beberapa kerusi”

Mengulas lanjut, Mahathir mengulangi ramalannya Bersatu akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sedang mempertimbangkan bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 bersama penyokongnya menggunakan bendera parti baharu.

Menurut portal berita (Malaysiakini), Mahathir berkata demikian semasa wawancara video baru-baru ini bersama laman web berita perniagaan yang berpangkalan di Hong Kong, Investvine.




Mahathir bagaimanapunn membayangkan tidak akan memainkan peranan utama ketika Pilihan Raya walaupun akan tetap berkempen. 

Apabila ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya umum mengejut di tengah-tengah iklim politik yang tidak stabil, Mahathir berkata, beliau sudah tua dan mungkin akan berada ‘di tepi-tepi’ saja.

“Saya akan sangat tua pada masa itu. Saya mungkin akan berada ‘di tepi-tepi’ saja, menolong orang lain, menolong parti saya sendiri untuk bertanding dan semoga (kami) dapat memperoleh beberapa kerusi.

“Tetapi parti saya sendiri (Bersatu) kini terbahagi kepada dua – satu bahagian bersama kerajaan dan satu bahagian lagi berpihak kepada saya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan saya tidak dapat bertanding atas nama parti itu.

“Jadi kami berhadapan dengan kemungkinan perlu bertanding dengan nama parti yang berbeza, mungkin parti baru. Jadi keadaan pada masa ini sangat tidak menentu,” dakwanya.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Langkawi itu mengulangi ramalannya Bersatu akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

“Parti kami sendiri – baik yang ada di dalam kerajaan dan di luar kerajaan – kami telah kehilangan sokongan daripada gabungan kami sebelumnya (Pakatan Harapan) dan kami tidak mendapat sokongan daripada Umno dan semua (parti daripada) gabungan baru itu.

Loading...

“Jadi prestasi akan sangat buruk kepada parti,” katanya semasa wawancara itu.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...