Mahathir nafi cetus krisis politik

Mahathir berkata beliau mencadangkan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير نافي چتوس كريسيس ڤوليتيك

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menafikan krisis politik yang melanda disebabkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut satu kenyataan yang dibuat menerusi blog chedet.cc, Mahathir, yang memegang jawatan tertinggi kerajaan itu bermula dari Mei 2018 hinnga ke 23hb Febuari 2020, berkata dia tidak meletakan jawatannya tanpa sebab.

Ahad lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Pelantikan Muhyiddin sekaligus menamatkan impian presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir.


SUBANG JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menafikan krisis politik yang melanda disebabkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut satu kenyataan yang dibuat menerusi blog chedet.cc, Mahathir, yang memegang jawatan tertinggi kerajaan itu bermula dari Mei 2018 hinnga ke 23hb Febuari 2020, berkata dia tidak meletakan jawatannya tanpa sebab.




“Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya.

“Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri. Di Istana peletakan jawatan saya diterima. Saya diarah pegang jawatan Perdana Menteri buat sementara,” katanya.

Mahathir turut berkata beliau mencadangkan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan

“Orang parti juga akan menyertai Kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka.

“Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini.”

Ahad lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Pelantikan Muhyiddin sekaligus menamatkan impian presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir.

Loading...

Penggabungan UMNO, PPBM dan PAS turut meletakkan titik noktah pada penglibatan parti-parti AMANAH, PKR dan DAP dalam kerajaan, sekaligus mejadikan parti-parti berkenaan pembangkang.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...