Mahathir: Najib hancurkan UMNO, dia beritahu saya ‘cash is king’ untuk dapatkan sokongan Melayu (Pendedahan)

Dalam satu dokumentari temuramah yang disiarkan menerusi portal Malaysia Gazette, Mahathir berkata, tindak-tanduk Najib yang sentiasa mempertahankan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak baik. Sumber (gambar): TTF

محضير: نجيب هنچوركن امنو، دي بريتاهو ساي ءچسه اس كيڠء اونتوق داڤتكن سوكوڠن ملايو

Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kepadanya bahawa “cash is king” ketika membincangkan soal sokongan Melayu.

“Saya cuba nak terangkan kepada dia bahawa orang Melayu ini amat mudah dipengaruhi. Kita turun ke kampung, kita bersalam kepada mereka, kita bertanya berkenaan keluarga mereka, itu cukup untuk dapat sokongan.

“Tapi Najib (pada) satu malam jawab kepada saya, “cash is king.” Saya terkejut. Bila kata “cash is king” bermakna bahawa rasuah itu boleh diterima sebagai satu alat untuk mendapat sokongan.

“Itu saya tak boleh setuju,” kata Mahathir.

Menurutnya, beliau mula berfikir semula tentang Najib apabila laporan-laporan yang dibuat dalam akhbar The Edge berhubung skandal 1MDB kelihatan benar apabila Najib tidak dapat menjawab segala pertuduhan terhadapnya.


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kepadanya bahawa “cash is king” ketika membincangkan soal sokongan Melayu.

Dalam satu dokumentari temuramah yang disiarkan menerusi portal Malaysia Gazette, Mahathir berkata, tindak-tanduk Najib yang sentiasa mempertahankan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak baik




“Sebagai pemimpin, dia (Najib) mesti jaga maruahnya. Saya masa jadi pemimpin, tak pernah anak sya masuk politik pun, tak benar jadi ahli UMNO pun.

“(Tetapi) saya dapati, Datuk Seri Najib mempertahankan isterinya. Isteri saya tak ambil bahagian dalam politik, semua orang tahu. Dia cuma buat kerja kebajikan dan lain-lain.

“Jadi ini (tindakan Najib mempertahankan isterinya) memberi gambaran yang tidak baik kepada Perdana Menteri.

“Saya cuba nak terangkan kepada dia bahawa orang Melayu ini amat mudah dipengaruhi. Kita turun ke kampung, kita bersalam kepada mereka, kita bertanya berkenaan keluarga mereka, itu cukup untuk dapat sokongan.

“Tapi Najib (pada) satu malam jawab kepada saya, “cash is king.” Saya terkejut. Bila kata “cash is king” bermakna bahawa rasuah itu boleh diterima sebagai satu alat untuk mendapat sokongan.

“Itu saya tak boleh setuju,” kata Mahathir.

Menurutnya, beliau mula berfikir semula tentang Najib apabila laporan-laporan yang dibuat dalam akhbar The Edge berhubung skandal 1MDB kelihatan benar apabila Najib tidak dapat menjawab segala pertuduhan terhadapnya.

Loading...

“Pada ketika itu, apabila saya mendapati dia tidak menjawab dan tidak nafi, saya berpendapat bahawa memang benar apa yang dikatakan.

“Jadi bila dia buat macam itu, dia hancurkan UMNO.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...