Mahathir: Najib kata dia ‘boss’, dia Melayu-Islam – jadi curi nak malu apa?

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: نجيب كات دي ءبوسسء، دي ملايو-اسلام – جادي چوري نق مالو اڤ؟

“Ada yang sokong Najib secara fanatik.”

Menurut Mahathir, kesedaran rupa sebenar Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mula meningkat apabila barang-barang miliknya dirampas dari sebuah unit kondominium mewah di Pavillion yang dikaitkan dengannya.

“Pada masa itu orang sedar, bahawa ini (kewujudan barang kemas dan duit dalam jumlah yang amat besar) ialah benar.

“Tetapi dia (Najib) orang yang cukup bijak. Dia bercakap berkenaan dengan “Boss ku”…dia “Boss”…jadi, apa yang “Boss” buat tak salah…sampai tahap yang mana dia kata, “nak malu apa? Boss ku!”

“Jadi curi pun tak apa, jangan malu, sebab dia “Boss ku,” kata Mahathir.


PETALING JAYA: “Ada yang sokong Najib secara fanatik.”

Demikian kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi wawancara bersama Malaysia Gazette yang disiarkan sebagai dokumentari malam semalam.




Menurut Mahathir, kesedaran rupa sebenar Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mula meningkat apabila barang-barang miliknya dirampas dari sebuah unit kondominium mewah di Pavillion yang dikaitkan dengannya.

“Waktu yang dia nampak terburuk sekali ialah apabila didedah tentang barang-barang yang terdapat di Pavillion.

“Pada masa itu orang sedar, bahawa ini (kewujudan barang kemas dan duit dalam jumlah yang amat besar) ialah benar.

“Tetapi dia (Najib) orang yang cukup bijak. Dia bercakap berkenaan dengan “Boss ku”…dia “Boss”…jadi, apa yang “Boss” buat tak salah…sampai tahap yang mana dia kata, “nak malu apa? Boss ku!”

“Jadi curi pun tak apa, jangan malu, sebab dia “Boss ku,” kata Mahathir.

Menurutnya, konsep yang disemai oleh Najib ialah sekiranya seorang itu mencuri tetapi dia “Boss” dan Melayu-Islam, ianya tidak menjadi hal.

“…lepas didedah kesalahan dia, orang sepatutnya tumpu kepada perbicaraan, samada benar ataupun tidak.

Loading...

“Dan jika dibicara dan didapati bersalah, sikap kita terhadap orang bersalah tidak boleh berbeza antara orang besar dengan orang kecil, orang itu dengan orang ini.

“The law is applied to everybody.

“Jadi bila dia salah, kita punya sikap pun, ini ialah orang yang (ber)salah, dan kita tak boleh dan agung-agungkan orang yang salah.

“Tapi saya akui, dia dapat menukar pandangan orang dengan hujahnya…sampai ada orang yang kata, “oh tak apa lah dia curi, bukan duit kita!”

“Jadi (orang ini) boleh terima dia, sebab “duit yang dia curi itu (kononnya) bukan duit kita.”

“Kalau itu sikap orang Melayu, tiap-tiap pemimpin akan mencuri, sebab tak apa lah, dia pemimpin, dia Melayu, dia Islam, dan dia tak curi duit kita, dia curi duit orang lain, (jadi) ok lah…

“Saya tak boleh terima.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...