
محضير: نجيب بوسوقكن نام مليسيا د سلوروه دنيا، تق حرمت جاس باڤ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghormati jasa bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, kerana menghancurkan UMNO menerusi sogokkan setelah mengambil alih tampuk kepimpinan parti.
Demikian menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, Najib terlibat dengan kecurian duit negara yang dilapor sehingga Amerika Syarikat dan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Malaysia.
“(Dia) merosakkan negara, merosakkan parti dan merosakkan kerajaan.
“(Kerajaan kita ) dipanggil sebagai kerajaan pencuri….daripada “Asian Tiger,” kita jadi kerajaan pencuri hasil daripada perlakuan Datuk Seri Najib.
“Minta maaf lah, saya tak boleh kerjasama dengan dia.”
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghormati jasa bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, kerana menghancurkan UMNO menerusi sogokkan setelah mengambil alih tampuk kepimpinan parti.
Demikian menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, Najib terlibat dengan kecurian duit negara yang dilapor sehingga Amerika Syarikat dan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Malaysia.
“Banyak lagi tuduhan yang belum dibicarakan, saya tak boleh nak kerjasama dengan orang ini.
“Bukan tak ada hati nak maaf seseorang, dia kawan saya dulu, yang menaikkan Najib pun saya.
“Tapi apa yang di buat olehnya tidak boleh dimaafkan. (Dia) merosakkan negara, merosakkan parti dan merosakkan kerajaan,” kata Mahathir dalam wawancara bersama Sinar Online.
Menurut Mahathir, nama Malaysia menjadi busuk di seluruh dunia disebabkan Najib, yang kini sedang merayu sabitan bersalah yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC International.
Najib turut menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Selain itu, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB yang sudah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu ‘sekali lagi dimuktamad’ dan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
“(Kerajaan kita ) dipanggil sebagai kerajaan pencuri….daripada “Asian Tiger,” kita jadi kerajaan pencuri hasil daripada perlakuan Datuk Seri Najib.
“Minta maaf lah, saya tak boleh kerjasama dengan dia.”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
