Mahathir: Nak beri pendapat boleh, tetapi yang tentukan saya

Menurut Mahathir, semua pihak berhak untuk memberikan pandangan masing-masing berhubung rombakan kabinet. Sumber (gambar): Fail TTF

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya beliau boleh menentukan kedudukan seseorang menteri dalam Kabinetnya sekiranya rombakan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng antara nama paling awal perlu dirombak.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam sidang media semalam memberitahu beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau akan mendengar pandangan Majlis Presiden PH berhubung desakan berkenaan.


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya beliau boleh menentukan kedudukan seseorang menteri dalam Kabinetnya sekiranya rombakan dilakukan.

Bagaimanapun katanya, semua pihak tetap berhak untuk memberikan pandangan masing-masing berhubung perkara itu.




“Sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat (berhubung menteri mana yang perlu disingkirkan jika berlaku rombakan Kabinet).

“(Tetapi) saya yang akan tentukan (siapa menteri terlibat),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Summit 2019 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng antara nama paling awal perlu dirombak.

Tuan Ibrahim dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau membuat saranan itu selepas mendapati ramai yang mahukan Guan Eng melepaskan jawatan berdasarkan tinjauan atas talian yang dibuat beberapa pihak.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam sidang media semalam memberitahu beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau akan mendengar pandangan Majlis Presiden PH berhubung desakan berkenaan.

Loading...

Begitupun, rombakan itu akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian yang sempurna sebelum mengubah kedudukan menteri-menteri sedia ada.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...