Mahathir: Parlimen Digital bukti Dewan boleh bersidang walaupun berdepan Covid-19

Sesi Parlimen Digital yang diadakan buat julung kalinya dianjur oleh tiga kumpulan belia, iaitu Challenger Malaysia, Undi 18 dan Liga Demokratik Malaysia. Sumber (gambar): TTF

محضير: ڤرليمين ديڬيتل بوقتي ديوان بوليه برسيدڠ والاوڤون بردڤن چوۏيد-19

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji inisiatif oleh sekumpulan anak muda. Mereka telah mengambil bahagian berbincang dan berbahas usul-usul yang dibawa secara objektif menerusi Parlimen Online.

Dalam satu ulasan yang dimuat naik ke Facebook rasmi beliau, Mahathir berkata, beliau mengikuti perbahasan itu dan berpendapat ianya membuktikan bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam suasana negara ini berdepan dengan pandemic Covid-19.

Sementara itu, beberapa individu yang terlibat dengan sesi Parlimen Digital itu dihubungi oleh pihak polis atas sebab-sebab yang masih belum dikenal pasti.

Demikian menurut sebuah portal berita, yang melaporkan bahawa sidang online yang berlansung selama dua hari itu dirancang dua bulan yang lalu dan dipengerusikan hari ini oleh Lim Wei Jiet, seorang peguam dalam bidang perlembagaan.


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji inisiatif oleh sekumpulan anak muda. Mereka telah mengambil bahagian berbincang dan berbahas usul-usul yang dibawa secara objektif menerusi Parlimen Online.

Dalam satu ulasan yang dimuat naik ke Facebook rasmi beliau, Mahathir berkata, beliau mengikuti perbahasan itu dan berpendapat ianya membuktikan bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam suasana negara ini berdepan dengan pandemic Covid-19.




“Saya mengikuti perbahasan di facebook dan kagum melihat inisiatif oleh sekumpulan anak muda. Mereka telah mengambil bahagian berbincang dan berbahas usul-usul yang dibawa secara objektif.

“Ini membuktikan bahawa dalam apa juga suasana termasuk ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19, sidang Parlimen boleh diadakan melalui platform digital dengan kaedah tele-conference tanpa perlu hadir di dewan rakyat.

“Saya fikir Parlimen Digital mampu membuka peluang kepada anak muda berpidato dan berinteraksi secara sihat selain mengenal pasti pemimpin muda yang mempunyai bakat menjadi pemimpin,” katanya.

Sementara itu, beberapa individu yang terlibat dengan sesi Parlimen Digital itu dihubungi oleh pihak polis atas sebab-sebab yang masih belum dikenal pasti.

Demikian menurut sebuah portal berita, yang melaporkan bahawa sidang online yang berlansung selama dua hari itu dirancang dua bulan yang lalu dan dipengerusikan hari ini oleh Lim Wei Jiet, seorang peguam dalam bidang perlembagaan.

Sesi Parlimen Digital yang diadakan buat julung kalinya dianjur oleh tiga kumpulan belia, iaitu Challenger Malaysia, Undi 18 dan Liga Demokratik Malaysia.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...