Mahathir: PEJUANG tolak Belanjawan 2021

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: ڤجوڠ تولق بلنجاوان 2021

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 susulan kegagalan kerajaan mempertimbangkan cadangan dari parti itu untuk memperbaiki rang undang-undang berkenaan.

Keputusan itu dimaklumkan oleh pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut mengungkit tindakan kerajaan mengugut ahli-ahli parlimen dengan dakwaan palsu kononnya gaji penjawat awam dan frontliner (barisan hadapan) tidak dapat dibayar sekiranya belanjawan ditolak. 

Sebelum ini, PEJUANG menuduh kerajaan menggunakan titah Yang Di-Pertuan Agong sebagai “blank cheque” (cek kosong) untuk menyediakan belanjawan yang berbaur politik dan mengenepikan kepentingan awam.

“Untuk menyokong belanjawan tersebut, ahli-ahli parlimen Pejuang merasa mengabaikan kepentingan awam kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi negara,” katanya.


PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 susulan kegagalan kerajaan mempertimbangkan cadangan dari parti itu untuk memperbaiki rang undang-undang berkenaan.

Keputusan itu dimaklumkan oleh pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut mengungkit tindakan kerajaan mengugut ahli-ahli parlimen dengan dakwaan palsu kononnya gaji penjawat awam dan frontliner (barisan hadapan) tidak dapat dibayar sekiranya belanjawan ditolak.




“Mereka cuba timbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat dengan berkata, jika belanjawan tidak diluluskan, bantuan kewangan tidak akan sampai kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, PEJUANG menuduh kerajaan menggunakan titah Yang Di-Pertuan Agong sebagai “blank cheque” (cek kosong) untuk menyediakan belanjawan yang berbaur politik dan mengenepikan kepentingan awam.

“Untuk menyokong belanjawan tersebut, ahli-ahli parlimen Pejuang merasa mengabaikan kepentingan awam kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi negara.

“Untuk tidak menyokong kami akan dituduh bermain politik ketika keadaan negara terdesak akibat daripada wabak Covid-19,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...