Mahathir: Perjumpaan dengan Hadi perkara biasa

Menurut Mahathir, pertemuan bersama Hadi dibuat sebelum ini, kerana PAS bimbang mengenai perkara tertentu berkaitan dasar kerajaan. Sumber (gambar): TTF

محضير: ڤرجومڤأن دڠن هادي ڤركارا بياسا

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya bekerjasama bersama sesiapa sahaja, termasuk parti pembangkang, jika ia memberi kebaikan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, pertemuan beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah biasa kerana beliau berjumpa banyak pihak termasuk pemimpin pembangkang.

Sebelum ini, terdapat laporan dan gambar pertemuan antara Dr Mahathir dan Abdul Hadi disiarkan sebuah portal berita yang turut mendakwa akan berlaku kerjasama politik antara kedua-dua mereka.

Dr Mahathir mengakui, ada ketika beliau memerlukan sokongan daripada PAS membabitkan rang undang-undang tertentu.


LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya bekerjasama bersama sesiapa sahaja, termasuk parti pembangkang, jika ia memberi kebaikan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, pertemuan beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah biasa kerana beliau berjumpa banyak pihak termasuk pemimpin pembangkang.




Katanya, pertemuan bersama pemimpin PAS itu dibuat sebelum ini, kerana parti itu bimbang mengenai perkara tertentu berkaitan dasar kerajaan.

“Ya, ada gambar saya bertemu Haji Hadi. Saya berjumpa banyak pihak kerana ini adalah kerja saya, walaupun mereka ini adalah musuh (politik) saya.

“PAS berjumpa saya kerana timbul kebimbangan dan saya jelaskan jika kami melakukan perkara salah, jangan sokong kami di Parlimen.

“Tetapi jika kami melakukan perkara betul, walaupun mereka pembangkang, sila sokong kami demi kebaikan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Projek Demostrasi 5G Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan dan gambar pertemuan antara Dr Mahathir dan Abdul Hadi disiarkan sebuah portal berita yang turut mendakwa akan berlaku kerjasama politik antara kedua-dua mereka.

Dr Mahathir mengakui, ada ketika beliau memerlukan sokongan daripada PAS membabitkan rang undang-undang tertentu.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...