Mahathir pertahan Menteri Besar Perak isu video “berseorangan lawan DAP”

Mahathir berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap Ahmad Faizal, malah hubungan beliau dengan DAP Perak juga baik. Sumber (gambar): Astro Awani

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa menyatakan beliau ‘berseorangan melawan puak DAP di Perak’ disebabkan dikelilingi penyokong lawan yang agresif, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini, video Menteri Besar Perak yang mendakwa beliau berseorangan dalam melawan DAP demi mempertahankan tanah Melayu dan agama Islam, tular di media sosial

Mengenai kenyataan beberapa pemimpin DAP dan PKR Perak yang mahu tindakan diambil terhadap Ahmad Faizal, Dr Mahathir berkata, hubungan menteri besar dan pemimpin rakan gabungan PH di Perak dalam keadaan baik.

“Tak ada masalah, tak berkelahi pun (dengan PKR dan DAP Perak), (kalau berkelahi) saya nak bagi sarung tangan (tinju), dia ada dalam sidang media ini, berani mengadap (wartawan),” katanya.


PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa menyatakan beliau ‘berseorangan melawan puak DAP di Perak’ disebabkan dikelilingi penyokong lawan yang agresif, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikutan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap Ahmad Faizal, malah hubungan beliau dengan DAP Perak juga baik.




“Dia berada di hadapan nelayan yang begitu agresif, mereka anggap PH dikuasai DAP, jadi dia terangkan walaupun banyak DAP di Perak, tetapi dia masih jadi menteri besar dan menguasai kerajaan.

“Bukan bermakna DAP kuasai kerajaan (Perak), yang kuasai kerajaan ialah menteri besar, dia kena jelaskan sebab orang ini (penyokong lawan) agresif dan ekstrem.

“Kalau kata betul kami duduk bawah DAP (di hadapan penyokong lawan), kalahlah (PH), jadi nak dapat sokongan kena terangkanlah,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di sini, hari ini.

Baru-baru ini, video Menteri Besar Perak yang mendakwa beliau berseorangan dalam melawan DAP demi mempertahankan tanah Melayu dan agama Islam, tular di media sosial.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal mendakwa kenyataannya itu diambil di luar konteks.

Mengenai kenyataan beberapa pemimpin DAP dan PKR Perak yang mahu tindakan diambil terhadap Ahmad Faizal, Dr Mahathir berkata, hubungan menteri besar dan pemimpin rakan gabungan PH di Perak dalam keadaan baik.

“Tak ada masalah, tak berkelahi pun (dengan PKR dan DAP Perak), (kalau berkelahi) saya nak bagi sarung tangan (tinju), dia ada dalam sidang media ini, berani mengadap (wartawan),” katanya.

Loading...

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Perdana Menteri berkata, parti itu sedar ada beberapa masalah tetapi yakin pengundi yang dulu menyokong Barisan Nasional (BN), bertukar pendirian menyokong PH.

Beliau berkata, masih ada penduduk di Tanjung Piai beranggapan beliau adalah Presiden UMNO, walaupun kini mengetuai kerajaan PH.

“Saya dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan PH, saya harap kita beritahu semua orang bahawa saya dari PH, PH terima saya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, jumlah keahlian BERSATU di seluruh negara semakin meningkat dan mencecah kira-kira 500,000 orang dengan keahlian paling tinggi direkodkan

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...