Mahathir putuskan Waytha Moorthy kekal sebagai menteri

Walaupun terdapat desakan supaya dipecat, Dr Mahathir semalam berkata Waytha Moorthy kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Kabinet susulan keputusan inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim baru-baru ini.

Pada Januari lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Waytha Moorthy sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib susulan terdapat desakan yang mahu menteri itu dipecat.

Mahkamah Koroner, Shah Alam pada 27 September lepas memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Muhammad Adib, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, meninggal dunia pada 17 Disember lepas selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden berkenaan.


PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Kabinet susulan keputusan inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim baru-baru ini.

Menyatakan Perdana Menteri lebih mengetahui berhubung keputusan itu, Waytha Moorthy berkata: “Lantikan saya adalah ikut budi bicara Perdana Menteri dan Perdana Menteri telah sebut, maka tidak perlu saya huraikan lagi.”




Walaupun terdapat desakan supaya dipecat, Dr Mahathir hari ini berkata Waytha Moorthy kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada Januari lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Waytha Moorthy sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib susulan terdapat desakan yang mahu menteri itu dipecat.

Mahkamah Koroner, Shah Alam pada 27 September lepas memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Muhammad Adib, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, meninggal dunia pada 17 Disember lepas selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden berkenaan.

Mengenai keputusan inkues Muhammad Adib itu, Waytha Moorthy berkata beliau berpuas hati dan menerima keputusan itu sepertimana diputuskan mahkamah.

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...