Mahathir: Rakyat jangan lah benci pelarian Rohingya…

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia juga tidak wajar menghalau bot dinaiki hampir 400 pelarian Rohingya sehingga etnik malang itu terpaksa belayar di laut bagi tempoh kira-kira dua bulan. Sumber (gambar): Astro Awani

محضير: رعيت جاڠن له بنچي ڤلارين روهيڠيا

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu tidak sewajarnya melampiaskan kebencian kepada pelarian Rohingya.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui memahami mengapa sentimen kebencian terhadap Rohingya dirasai orang Melayu, namun menegaskan etnik itu hanyalah mangsa kezaliman Myanmar.

“Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain, dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.

“Tetapi, menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai dua bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya menerusi hantaran terbaru dalam blognya, Chedet, hari ini.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu tidak sewajarnya melampiaskan kebencian kepada pelarian Rohingya.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui memahami mengapa sentimen kebencian terhadap Rohingya dirasai orang Melayu, namun menegaskan etnik itu hanyalah mangsa kezaliman Myanmar.




Dr Mahathir menegaskan, Malaysia juga tidak wajar menghalau bot dinaiki hampir 400 pelarian Rohingya sehingga etnik malang itu terpaksa belayar di laut bagi tempoh kira-kira dua bulan.

Menyifatkan tindakan itu tidak berperikemanusiaan, beliau berpandangan, pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membekalkan mereka dengan makanan dan minyak supaya dapat pergi ke negara lain atau pulang ke Myanmar.

“Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya. Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam.

“Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya dan mereka pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati daripada kita, tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci.

“Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain, dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.

“Tetapi, menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai dua bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya menerusi hantaran terbaru dalam blognya, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir menegaskan, kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia, sepatutnya ditujukan kepada Myanmar dan pemimpin negara itu yang juga penerima Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi, kerana kezaliman mereka.

Loading...

Bagi menyatakan kemarahan terhadap kezaliman Myanmar pada Rohingya, Dr Mahathir berpandangan, Malaysia perlu menolak urusan dagangan dengan negara itu serta mendedahkan kezaliman mereka, selain menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak terhadap Myanmar.

“Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman. Negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar,” katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan sekurang-kurangnya 382 pelarian Rohingya yang menaiki sebuah bot besar di perairan negara itu, selepas hampir 2 bulan belayar di laut.

Akhbar tempatan, Dhaka Tribune melaporkan, etnik Rohingya itu asalnya menuju ke Malaysia, tetapi berpatah balik ke laut kerana rondaan pantai ketat dilaksanakan negara itu susulan pandemik COVID-19.

Pada 17 April lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan, berjaya mematahkan cubaan kira-kira 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini melalui perairan Langkawi.

Bot itu dipintas kapal KD Lekiu dan KD Lekir, sebelum anak kapal KD Lekiu mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI itu atas dasar kemanusiaan, sebelum mengiringi bot berkenaan keluar daripada memasuki perairan negara.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...