Raggie Jessy Rithaudeen
Nota: Tajuk artikel diperbetulkan.
Saya baru sahaja sebentar tadi deberitahu bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini bermakna Mahathir secara teknikalnya telah memenuhi janji untuk letak jawatan sebelum penggal penuh Parlimen ke-14 berakhir.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, Baginda telah berkenan untuk melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara
menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ini bermakna Mahathir diberikan mandat sepenuhnya untuk mengurus tadbir negara dengan kuasa penuh Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri baru.
Sekian
