
محضير سهكن برلاكو رونديڠن كروسي ڬتا-ڤن مليبتكن حمزه زاينوددين، احمد سمسوري
Semalam, Muhyiddin mendakwa tidak ada perbincangan rasmi membabitkan PN dan GTA untuk bekerjasama dalam PRU15.
Menurutnya, PN telah memutuskan bahawa akan meneruskan inisiatif dengan gabungan dalam parti itu sahaja.
Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan semalam bahawa rundingan kerjasama politik dan kerusi PRU15 dengan PN masih berlangsung dan belum dimuktamadkan.
Menurutnya, rundingan dengan PN adalah bagi memastikan tiada kerusi bertindih antara calon Pejuang dan PN.
Perikatan Nasional (PN) akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen dan melihat sentimen pengundi sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu bersama Gerakan Tanah Air (GTA).
Perkara ini disahkan pada 15hb Oktober lalu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, apabila ditanya samada Perikatan Nasional berminat atau menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan GTA dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Perkara ini kita akan teliti, ini bukan keputusan saya seorang, Perikatan Nasional itu gabungan parti-parti yang ada dalamnya.
“Jadi, ini kita akan bincang dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional dan mendapatkan panduan apakah keputusan yang nak dibuat,” katanya.
Namun, semalam, Muhyiddin mendakwa tidak ada perbincangan rasmi membabitkan PN dan GTA untuk bekerjasama dalam PRU15.
Menurutnya, PN telah memutuskan bahawa akan meneruskan inisiatif dengan gabungan dalam parti itu sahaja.
“Yang penting kita di peringkat parti, setakat hari ini tidak ada perbincangan rasmi dibuat.
“Mungkin ada hajat (atau) hasrat begitu sahaja tapi kita akan teruskan atas dasar PN sahaja,” katanya.
Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan semalam bahawa rundingan kerjasama politik dan kerusi PRU15 dengan PN masih berlangsung dan belum dimuktamadkan.
Menurutnya, rundingan dengan PN adalah bagi memastikan tiada kerusi bertindih antara calon Pejuang dan PN.
“Buat masa ini, rundingan kerusi itu membabitkan tiga wakil daripada GTA termasuk saya, Mukhriz dan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.
“PN pula diwakili Bendahari PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Rundingan dan perbincangan itu bagaimanapun tidak membabitkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sidang akhbar.
RJ RITHAUDEEN
