
محضير سهكن زاهيد داتڠ برجومڤا اونتوق مينتا سياستن رسواه دهنتيكن
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan.
Menurut Mahathir, pertemuan itu berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.
Semalam, dalam satu sesi live, saya menceritakan berkenaan pertemuan Zahid dengan Mahathir ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.
Dalam pertemuan itu, Zahid didakwa telah cuba bercerita tentang tuduhan terhadapnya, namun perkara itu tidak diendahkan oleh Mahathir.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan.
Menurut Mahathir, pertemuan itu berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.
“Ahmad Zahid datang ke rumah saya bersama dua tiga orang lagi dan dia cuba nak berbaik-baik dengan saya.
“Pada masa itu, ada kemungkinan saya menjadi Perdana Menteri, atas sebab itu dia ingin berbaik dengan saya,” katanya pada sidang media hari ini.
Mahathir menambah, beliau mengetahui mengenai masalah jenayah yang dilakukan Ahmad Zahid, selain menyedari kemungkinan pemimpin UMNO berdepan hukuman penjara.
Katanya, selepas Ahmad Zahid bersama dengan parti yang membentuk kerajaan, beliau ada mendengar cubaan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu untuk tindakan mahkamah terhadapnya dihapuskan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak mendedahkan bila sebenarnya tarikh dan lokasi pertemuan berkenaan.
Semalam, dalam satu sesi live (rujuk video di bawah), saya menceritakan berkenaan pertemuan Zahid dengan Mahathir ketika ada ura-ura bahawa Mahathir akan menjadi Perdana Menteri ke-8.
Pertemuan itu berlaku beberapa hari sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Dalam pertemuan itu, Zahid didakwa telah cuba bercerita tentang tuduhan terhadapnya, namun perkara itu tidak diendahkan oleh Mahathir.
RJ RITHAUDEEN
WAJIB TONTON:
