Mahathir: Saya akan ke Sabah, wakil rakyat yang berpaling tadah perlu dihukum

Menurut Mahathir, tidak salah jika wakil rakyat meninggalkan parti asalkan ianya didorong oleh prinsip, bukannya kerana ditawarkan habuan. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: ساي اكن ك سابه، واكيل رعيت يڠ برڤاليڠ تاده ڤرلو دحكوم

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa beliau akan mengunjungi Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di negeri itu.

Menurut laporan berita, Mahathir berkata, 13 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindak menyokong pembangkang di negeri itu hingga Ketua Menteri Shafie Apdal terpaksa membubarkan DUN bagi menggagalkan cubaan rampasan kuasa akan dihukum.

“Mereka akan ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah kerana mereka tidak boleh dipercayai. Mereka ini hanya ikut duit, bukan ada prinsip. Apabila mereka mendapat duit, mereka melompat,” katanya sepertimana yang dilaporkan.

Menurut Mahathir lagi, pihak yang bertanggungjawab membuat sogokan itu adalah orang yang sama yang sebelum ini memerangi rasuah.


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa beliau akan mengunjungi Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di negeri itu.

Menurut laporan berita, Mahathir berkata, 13 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindak menyokong pembangkang di negeri itu hingga Ketua Menteri Shafie Apdal terpaksa membubarkan DUN bagi menggagalkan cubaan rampasan kuasa akan dihukum.




“Saya akan pergi ke Sabah kerana saya mendapati bahawa apa yang berlaku di Sabah adalah contoh rasuah yang sangat buruk.

“Saya dapati 13 Adun yang keluar dari parti kerajaan negeri ditawarkan wang. Mereka disogok. Ini sesuatu yang ingin kita hapuskan.

“Mereka akan ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah kerana mereka tidak boleh dipercayai. Mereka ini hanya ikut duit, bukan ada prinsip. Apabila mereka mendapat duit, mereka melompat,” katanya sepertimana yang dilaporkan.

Menurut Mahathir lagi, pihak yang bertanggungjawab membuat sogokan itu adalah orang yang sama yang sebelum ini memerangi rasuah.

“Saya dapati bahawa amalan rasuah lama yang ingin kita hapuskan telah muncul di Sabah.

“Apa yang menyedihkan adalah orang yang sebelum ini memerangi rasuah adalah orang yang kini terlibat secara langsung dalam memberi rasuah,” katanya.

Mahathir menambah, tidak salah jika wakil rakyat meninggalkan parti asalkan ianya didorong oleh prinsip, bukannya kerana ditawarkan habuan.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...