Mahathir: Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat Bersatu

Terdahulu, tular di media sosial dua klip rakaman audio melibatkan suara-suara Mahathir dan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: ساي چابر مريك كلواركن رقمن ڤنوه مشوارت برساتو

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata ada pihak yang berniat jahat terhadapnya dengan menyebarkan klip audio mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM 23hb Febuari 2020 lalu yang “jelas disunting.”

Menurut Mahathir, beliau kekal setia bersama rakan-rakan seperjuanngannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan tidak akan mengkhianati mandate rakyat.

“Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT. Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14,” katanya.

Kenyataan Mahathir merujuk kepada klip audio yang tular baru-baru ini dimana kedengaran suara beliau bersetuju agar PPBM meninggalkan Pakatan Harapan atas dasar tidak suka pada DAP.


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata ada pihak yang berniat jahat terhadapnya dengan menyebarkan klip audio mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM 23hb Febuari 2020 lalu yang “jelas disunting.”

Menurut Mahathir, beliau kekal setia bersama rakan-rakan seperjuanngannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan tidak akan mengkhianati mandate rakyat.




Kenyataan Mahathir merujuk kepada klip audio yang tular baru-baru ini dimana kedengaran suara beliau bersetuju agar PPBM meninggalkan Pakatan Harapan atas dasar tidak suka pada DAP.

“Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT.

”Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14.

“Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

”Saya tolak. Susah & senang, kita bersama,” katanya menerusi satu ciapan di Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, tular di media sosial dua klip rakaman audio melibatkan suara-suara Mahathir dan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam klip kedua, Mahathir menyeru agar beliau tidak dipaksa buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip beliau, sejajar dengan apa yang dikatakan oleh beliau selama ini dan bertentangan dengan dakwaan beberapa pemimpin PPBM sebelum ini.

Loading...

“Tolong lah jangan paksa…Jangan paksa saya… buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya.

“Saya janji saya tunai, saya janji nak letak jawatan saya akan letak jawatan. Tapi kalau saya janji nak letak jawatan, saya tak dibenar meletak jawatan, itu salah saya sebab keputusan itu ada pada diri saya.

“Tak ada siapa boleh kata “Jangan letak jawatan”. Kalau saya dah buat keputusan, saya akan letak jawatan, lepas itu apa yang saya sebut tadi boleh berlaku.

“Kena pilih baru, kena tentukan orang itu dapat majoriti dan sebagainya. Dan kalau nak saya balik pun saya balik. Itulah cerita pada hari ini,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...