
محضير: ساي چادڠ داداكن ماڬرن، رعيت ده تولق كراجأن اين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kepada Yang Di-Pertuan Agong betapa seriusnya wabak Covid-19 di Malaysia dan membuat perbandingan dengan negara-negara lain berhubung cara wabak itu ditangani.
Dalam satu kenyataan yang dibuat secara live, Mahathir mendedahkan, beliau turut berbincang tentang keadaan ekonomi dan kewangan negara yang teruk, keadaan politik yang tidak stabil serta keadaan sosial dan penderitaan rakyat.
“Pada tahun 1969, Tunku Abdul Rahman meminta Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat dan melantik Tun Abdul Razak sebagai orang yang mengurus Mageran.
“Saya tak yakin kerajaan yang ada sekarang ini akan cadang tubuh Mageran, kerana awal-awal lagi, mereka dah kata tak perlu Mageran kerana kerajaan berjalan dengan baik dan semua masalah telah diselesaikan.
“Tetapi hakikatnya ialah rakyat menolak kerajaan ini, tidak percaya kepada kerajaan ini dan hendak satu kuasa baharu ditubuhkan.”
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kepada Yang Di-Pertuan Agong betapa seriusnya wabak Covid-19 di Malaysia dan membuat perbandingan dengan negara-negara lain berhubung cara wabak itu ditangani.
Dalam satu kenyataan yang dibuat secara live, Mahathir mendedahkan, beliau turut berbincang tentang keadaan ekonomi dan kewangan negara yang teruk, keadaan politik yang tidak stabil serta keadaan sosial dan penderitaan rakyat.
“Covid-19 menyebabkan sekarang ini lebih daripada 600,000 orang yang terjangkit, dan daripada jumlah ini, 3,000 orang sudah meninggal.
“Ini menunjukkan betapa seriusnya wabak ini di Malaysia. Di UK dan US, walaupun penduduk mereka lebih ramai, tetapi jumlah yang mati berkurangan, dan jumlah yang dijangkit setiap hari di UK kurang daripada Malaysia,” katanya.
Berhubung keadaan sosial, Mahathir berkata, rakyat sedang menderita dan angka kematian adalah tinggi, malah ada juga yang bunuh diri.
“Education (pendidikan) terhenti selama dua tahun,” tambahnya.
Menurut Mahathir lagi, kerajaan nampak tidak mampu menangani masalah-masalah ini, khususnya melibatkan penularan wabak Covid-19.
“Selepas diisytihar Darurat, jumlah (kes harian) meningkat, daripada 2,000 (lebih) sehari kepada hampir 10,000 pada satu ketika.
“Sekarang ini pun kita dapati 6,000 (lebih) orang. Ini menyebabkan kemampuan hospital kita untuk memberi rawatan tidak mencukupi, sehingga ada yang mempunyai simptom (gejala) tetapi disuruh tinggal di rumah kerana tak ada katil dalam hospital.
“Mereka yang tinggal di rumah ini ada yang mati.”
Mahathir turut berkata kerajaan tidak ada idea bagaimana menangani masalah-masalah ini. Justeru, beliau membangkitkan kemungkinan diadakan Mageran.
“Pada tahun 1969, Tunku Abdul Rahman meminta Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat dan melantik Tun Abdul Razak sebagai orang yang mengurus Mageran.
“Saya tak yakin kerajaan yang ada sekarang ini akan cadang tubuh Mageran, kerana awal-awal lagi, mereka dah kata tak perlu Mageran kerana kerajaan berjalan dengan baik dan semua masalah telah diselesaikan.
“Tetapi hakikatnya ialah rakyat menolak kerajaan ini, tidak percaya kepada kerajaan ini dan hendak satu kuasa baharu ditubuhkan.”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
