Mahathir: Saya tak tahu apa yang dibincangkan di rumah Azmin

Mahathir mendakwa tidak tahu apa yang dibincangkan Azmin dengan ahli-ahli parlimen BN dan PH. Sumber (gambar): Fail TTF

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau ada mendengar mengenai pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya pada Isnin.

“Saya dengar (pertemuan itu) tetapi tidak tahu apa-apa (dibincangkan),” kata perdana menteri ketika diminta mengulas isu berkenaan dalam sidang media di Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.

Terdahulu, isu menteri Kabinet itu mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional terus menjadi perhatian netizen.

Menurut portal berita tempatan, kesemua wakil rakyat dipercayai telah berada di kediaman Mohamed Azmin di Presint 10 Putrajaya pada malam Isnin.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau ada mendengar mengenai pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya pada Isnin.

Namun beliau menegaskan tidak mengetahui apa yang dibincangkan.




“Saya dengar (pertemuan itu) tetapi tidak tahu apa-apa (dibincangkan),” kata perdana menteri ketika diminta mengulas isu berkenaan dalam sidang media di Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.

Terdahulu, isu menteri Kabinet itu mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional terus menjadi perhatian netizen.

Menurut portal berita tempatan, kesemua wakil rakyat dipercayai telah berada di kediaman Mohamed Azmin di Presint 10 Putrajaya pada malam Isnin.

Antara yang dilihat hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman dan Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin yang dilihat individu terakhir keluar dari kediaman Mohamed Azmin.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...