
محضير سكولهكن راماسمي ايسو ڤڠواسأن ملايو دالم ڤرخدمتن عوام
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menjelaskan sebab kaum Melayu mendominasi penjawat awam selepas pemimpin DAP, P Ramasamy menuduh situasi itu diadakan semasa zaman pentadbiran Mahathir.
Mahathir berkata, perkara itu sudah ditentukan sebelum beliau menjadi perdana menteri lagi.
“Bukanlah orang Melayu yang halang mereka (bukan Melayu) masuk kerajaan, tetapi mereka juga menghalang orang Melayu menyertai syarikat swasta dengan lebih ketat lagi.
“Itu mereka tidak sebut,” katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menjelaskan sebab kaum Melayu mendominasi penjawat awam selepas pemimpin DAP, P Ramasamy menuduh situasi itu diadakan semasa zaman pentadbiran Mahathir.
Menurut Malaysianow, Mahathir berkata, ketika rundingan kemerdekaan, kerajaan menyedari orang Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum Cina selepas merdeka.
“Kita khuatir tentang masa depan orang Melayu kerana kita sedar mereka tidak mampu bersaing dengan orang Cina. Sebab itu ditentukan bagi jawatan tertinggi, empat orang Melayu (diberikan tempat), kemudian orang bukan Melayu,” katanya kepada MalaysiaNow.
TONTON: ISU PERARAKAN SENJATA – SELESAI DULU MASALAH ISLAMOFOBIA, RASISME DAP SEBELUM KAMBING HITAMKAN PAS
“Sementara ada dasar yang memberi keutamaan pada orang Melayu, secara tidak langsung orang Cina tidak memberi tempat langsung kepada orang Melayu (dalam sektor swasta).”
Mahathir menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak memberikan ruang kepada orang Melayu, mereka tidak akan mampu bersaing.
“Kalau orang Cina tak bagi tempat, kerajaan pun tak bagi tempat, orang Melayu hendak pergi mana?” katanya.
Ramasamy sebelum ini menegaskan bahawa penguasaan perkhidmatan awam oleh satu komuniti etnik perlu ditangani oleh kerajaan perpaduan baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, disebabkan kepelbagaian dalam sektor ekonomi dari sudut pemilikan dan kawalan, adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu.
“Bukan Anwar tidak sedar, tetapi dalam keadaan politik apa dia boleh perlahan-lahan memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik negara.
“Alasan apologetik yang sering diulang bahawa orang bukan Melayu menjauhkan diri daripada perkhidmatan awam kerana kekurangan prospek kenaikan pangkat tidak dapat dikekalkan memandangkan bentuk diskriminasi kaum yang terang-terangan dan tersembunyi,” kata Ramasamy.
Namun, hujah Ramasamy dilihat terlalu berat sebelah dan tidak mencerminkan realiti sosio-politik dan sosio-ekonomi negara yang turut membabitkan diskriminasi terhadap Melayu-Islam di sektor swasta dari sudut peluang pekerjaaan dan kenaikkan pangkat.
Ramasamy turut menimbulkan persepsi yang tidak tepat, seolah-olah penguasaan Melayu di sektor perkhidmatan awam berpunca daripada zaman pentadbiran Mahathir.
Namun, menurut Mahathir, perkara itu sudah ditentukan sebelum beliau menjadi perdana menteri lagi.
Mahathir juga berkata, Ramasamy harus membandingkan dasar kerajaan dengan syarikat-syarikat swasta.
“Bukanlah orang Melayu yang halang mereka (bukan Melayu) masuk kerajaan, tetapi mereka juga menghalang orang Melayu menyertai syarikat swasta dengan lebih ketat lagi.
“Itu mereka tidak sebut,” katanya.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysianow. KLIK DI SINI untuk baca laporan asal.
