Mahathir: Semua yang ada bersama Muhyiddin hari ini ada kerana duit

Menurut Mahathir, tuduhan kononnya DAP akan hancurkan orang Melayu ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang Melayu supaya menyokong Muhyiddin. Sumber (gambar): FMT

محضير: سموا يڠ اد برسام محي الدين هاري اين اد كران دويت

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan Sabah sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri cukup kuat tetapi diganggu gugat oleh pihak yang menawarkan duit kepada ahli-ahli DUN.

Menurutnya, inilah politik yang dimainkan oleh kerajaan pada ketika ini, di mana semua yang ada bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ada kerana duit, bukannya kerana perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Mahathir mendakwa seramai 13 ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dihulurkan duit untuk keluar dari parti WARISAN.

Terdahulu, Mahathir memberitahu, tuduhan kononnya DAP akan hancurkan orang Melayu ini ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang Melayu supaya menyokong Muhyiddin.


PETALING JAYA: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan Sabah sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri cukup kuat tetapi diganggu gugat oleh pihak yang menawarkan duit kepada ahli-ahli DUN.

Menurutnya, inilah politik yang dimainkan oleh kerajaan pada ketika ini, di mana semua yang ada bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ada kerana duit, bukannya kerana perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.




Mahathir mendakwa seramai 13 ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dihulurkan duit untuk keluar dari parti WARISAN.

“Saya tak tahu betul ataupun tidak, ada yang dapat sampai RM32 juta ringgit untuk keluar daripada WARISAN. Ada yang dapat RM5 juta…ini politik duit saja, bukan politik untuk nak bangunkan Sabah, nak majukan Sabah, tidak,” kata Mahathir.

Kenyataan itu dibuat ketika Mahathir berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PEJUANG bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang berlangsung di pekan Slim River malam semalam.

Terdahulu, Mahathir memberitahu, tuduhan kononnya DAP akan hancurkan orang Melayu ini ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang Melayu supaya menyokong Muhyiddin.

“Sebnarnya, saya dulu bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama-sama kita tubuh sebuah parti yang dinamakan (Perti Pribumi) Bersatu (Malaysia).

“Tujuan kita tubuh parti Bersatu itu, ialah untuk menjatuhkan kerajaan kleptokratik (Datuk Seri) Najib Tun Razak, kerana mereka mencuri duit, terlibat dengan rasuah dan bermacam-macam lagi.

“Saya percaya penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi hari ini, kepercayaan saya sudah hilang, kerana dia bukan hanya menyatakan pendiriannya begitu kuat sekali melawan UMNO, lebih kuat daripada saya…tetapi apabila sudah dapat kepercayaan daripada rakyat, maka dirancang untuk menipu rakyat.

Loading...

“Inilah yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin. Tindakannya menyebabkan parti yang menang kalah, dan parti yang kalah menang. Yang itu pelik sikit lah…tak pernah terjadi di lain-lain tempat

“Caranya ialah cara yang tidak baik, dia mengkhianati rakyat yang memilih. Setelah rakyat sokong Muhyiddin, dia nampak satulagi langkah yang diperlukan ialah langkah untuk menjadi Perdana Menteri.

“Maka dirancang cara untuk menjatuhkan kerajaan (pimpinan) Pakatan Harapan. Mudah saja, dia memberitahu kepada ahli Bersatu, bahawa Pakatan Harapan ini akan hancurkan orang Melayu kerana ada DAP.

“Tuan-tuan dan puan-puan, orang Melayu ini bukan mudah nak hancur. Kita lawan dengan Komunis, kita menang, Kita lawan dengan British, kita menang. Kita lawan dengan International Monetary Fund (IMF), World Bank, kita menang.

“Kalau DAP nak bagi kita hancur, saya ingat lebih dahulu lagi kita hancurkan DAP, kerana kita mempunyai kuasa untuk batalkan mana-mana parti dalam negara kita, bahkan Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri.

“Dan dia berhak untuk batalkan mana-mana parti dalam negara kita. Kalaulah benar DAP nak hancur orang Melayu, dia sendiri boleh padam nama DAP. Lepas itu habis lah, apa DAP boleh buat?

“Tuduhan kononnya DAP akan hancurkan orang Melayu ini (ditimbulkan) hanya untuk menakutkan orang Melayu supaya menyokong Muhyiddin.

“Dengan itu ramai daripada Bersatu bertindak menyokong Muhyiddin bukan hanya kerana hendak selamatkan orang Melayu daripada dihancur oleh DAP, tetapi kerana jawatan, kerana nak dapat pendapatan yang banyak, gaji yang tinggi.

“Itulah kerajaan yang ada sekarang ini.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...