Mahathir: SPRM, Guan Eng dan Tommy Thomas bawah lindungan saya, jangan kacau

Mahathir mengeluarkan kenyataan bagi pihak Lim Guan Eng, Tommy Thomas dan SPRM sedangkan pendedahan-pendedahan RPK langsung tidak bersangkut-paut dengan Jabatan Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan Raja Petra Kamarudin sebagai seorang pembohong berhubung kebocoron kertas siasatan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang (lihat keratan berita di bawah).

Untuk makluman, pendedahan-pendedahan RPK merujuk kepada keratan-keratan kertas siasatan yang didakwanya diperolehi daripada sumbernya di SPRM.

Menurut RPK, Pejabat Peguam Negara bersubahat dengan SPRM untuk menutup kes rasuah melibatkan projek tersebut.

Menurutnya lagi, projek tersebut melibatkan wang suapan sebanyak 10% dari nilai projek yang dibayar kepada Lim Guan Eng.

Sesiapa yang membaca pendedahan-pendedahan tersebut dapat melihat bahawa ianya tidak bersangkut-paut langsung dengan Jabatan Perdana Menteri mahupun Perdana Menteri sendiri.

Pihak yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan adalah orang-orang dan agensi-agensi yang dinamakan secara langsung atau tidak langsung menerusi pendedahan-pendedahan tersebut, termasuk Lim Guan Eng, Ramasamy, SPRM dan Tommy Thomas.

Anehnya, yang bersuara tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimana Mahathir boleh tahu bahawa RPK menipu sedangkan kesemua yang tertuduh membisu seperti keldai-keldai kena tampar ekor buaya sememangnya di luar jangkaan dan pengetahuan saya.

Kenyataan Mahathir secara langsung membuktikan bahawa terdapat campurtangan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk melindungi Tommy Thomas, Lim Guan Eng dan SPRM.

Ini sekaligus membuktikan bahawa sistem eksekutif, perundangan dan penguatkuasaan di negara ini saling tidak eksklusif di bawah pentadbiran Mahathir dan tertakluk kepada budi bicara dan kehendak-kehendak peribadi Mahathir.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin sebagai seorang pembohong berhubung kebocoron kertas siasatan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Tegasnya, Raja Petra yang juga pemilik potral Malaysia Today itu kerap berbohong dan masih ramai yang mempercayainya.




“Raja Petra Kamarudin seorang pembohong. Dia selalu berbohong dan kamu masih lagi mahu mempercayainya,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvenysen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri berucap dan merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Baru-baru ini, Raja Petra menerbitkan beberapa artikel yang memaparkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas terowong dan projek jalan raya dengan anggaran RM6.3 bilion.

Berdasarkan artikel-artikel tersebut, beberapa exco Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen tersebut.

Diadaptasi dari:


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...