
Tun Dr Mahathir berkata Malaysia belum bersedia menggunakan kereta terbang sebagai salah satu sistem pengangkutan negara.
“Memang ramai bercakap mengenai kereta terbang. Bayangkan jika semua orang ada kereta terbang, nanti sesak pula di udara dan polis trafik pun kena terbang sekali,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 di sini, hari ini.
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, sebelum ini dilaporkan berkata prototaip pertama kereta terbang negara akan dilancarkan awal bulan ini.
Namun, pelancaran prototaip itu tidak berlaku, sebaliknya Mohd Redzuan menjelaskan kelewatan itu berpunca daripada penerapan teknologi baharu dalam inovasi terbabit.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir berkata Malaysia belum bersedia menggunakan kereta terbang sebagai salah satu sistem pengangkutan negara.
Perdana Menteri berkata, jika semua rakyat memiliki kenderaan itu, ia akan menyebabkan masalah lain di masa hadapan.
“Kereta terbang akan terbang satu hari nanti tetapi bukan hari ini. Mungkin satu hari nanti boleh terbang guna dron. Buat masa ini, kita belum bersedia.
“Memang ramai bercakap mengenai kereta terbang. Bayangkan jika semua orang ada kereta terbang, nanti sesak pula di udara dan polis trafik pun kena terbang sekali,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 di sini, hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita mengenai status kereta terbang negara dan kenapa tidak dimasukkan dalam DPN 2019-2030.
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, sebelum ini dilaporkan berkata prototaip pertama kereta terbang negara akan dilancarkan awal bulan ini.
Namun, pelancaran prototaip itu tidak berlaku, sebaliknya Mohd Redzuan menjelaskan kelewatan itu berpunca daripada penerapan teknologi baharu dalam inovasi terbabit.
Hari ini, di lobi Parlimen, beliau berkata kereta terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan.
Beliau berkata kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
