
محضير، تڠكو غزالياغ كمبالي برساتو دمي نڬارا
Buat julung kali selepas hampir empat dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dalam satu sidang media bagi menyuarakan komitmen mereka terhadap kerjasama untuk mencari jalan memajukan kembali Malaysia.
Bertempat di Yayasan Albukhary, kedua-dua tokoh negarawan itu bersetuju ketidakstabilan politik yang melanda kini menyebabkan rakyat dan pelabur tidak menaruh kepercayaan terhadap politik dan ekonomi.
Menurut Tengku Razaleigh, kalua keadaan politik terumbang ambing, tiada siapa yang hendak melabur duit dalam negara ini.
Terdahulu, Mahathir berkata, beliau dan Tengku Razaleigh berpendapat perlu diwujudkan dasar untuk memajukan negara, bukannya dasar kepentingan peribadi atau kepentingan parti.
KUALA LUMPUR: Buat julung kali selepas hampir empat dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dalam satu sidang media bagi menyuarakan komitmen mereka terhadap kerjasama untuk mencari jalan memajukan kembali Malaysia.
Bertempat di Yayasan Albukhary, kedua-dua tokoh negarawan itu bersetuju ketidakstabilan politik yang melanda kini menyebabkan rakyat dan pelabur tidak menaruh kepercayaan terhadap politik dan ekonomi.
Menurut Tengku Razaleigh, kalua keadaan politik terumbang ambing, tiada siapa yang hendak melabur duit dalam negara ini.
“Sudahlah, (kadar) tukaran asing menjunam ke bawah, hari ini menjunam lagi. Dengan tukaran asing yang begitu buruk keadaannya, tiada siapa yang nak bawa duit ke negara kita.
“Kalau itu berlaku, maka tidak akan berlaku pertumbuhan dalam ekonomi. Tak ada pertumbuhan, tak ada kerja.
“Tak ada kerja, muda mudi kita yang berkelulusan, baik dari luar atau dalam negara, akan menjadi golongan penggangur.
“Ramai yang ada kerja sudah dibuang kerja, bukan hanya disebabkan pandemic (Covid-19), tetapi kerana kemelesetan, oleh kerana tidak ada dasar yang tetap dan tegas untuk kita meyakinkan pelabur dalam dan luar negara untuk menanam modal,” katanya.
Terdahulu, Mahathir berkata, beliau dan Tengku Razaleigh berpendapat perlu diwujudkan dasar untuk memajukan negara, bukannya dasar kepentingan peribadi atau kepentingan parti.
“Ini lah sebabnya kami datang balik untuk bekerjasama, kerana saya pun ada sedikit pengalaman, Tengku Razaleigh pun ada pengalaman selama 22 tahun dalam kerajaan.
“Kita berpendapat bahawa pengalaman kita ini boleh kita sumbang kepada negara supaya negara boleh jadi kembali sebuah negara stabil yang bertumpu kepada kemajuan.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
