Mahathir: Terpulang pada Menteri Kewangan untuk teruskan rundingan bon Samurai

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata Malaysia sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bagi terbitan bon Samurai kedua.

Mengenai pendapat pakar kewangan yang mengatakan langkah kerajaan menerbitkan bon baharu adalah berisiko tinggi, Mahathir berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan pandangan pakar.

“Ada yang kata amat bahaya kalau kita guna bon Samurai kerana mungkin nilainya naik, itu satu kemungkinan tetapi kalau kita tidak tukar, kita guna pinjaman yang dikenakan kadar faedah enam hingga tujuh peratus maka itu akan tetap membebankan kita,” katanya.

Malaysia menerbitkan pusingan pertama bon Samurai pada Mac lepas bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.34 bilion) dengan tempoh matang 10 tahun. 


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan.

Beliau berkata, Malaysia sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bagi terbitan bon berkenaan, bagaimanapun kini terpulang kepada Kementerian Kewangan untuk meneruskan rundingan berkenaan.




“Terpulang kepada Menteri Kewangan, sebab dia yang menguruskan (bon Samurai),” katanya pada sidang media di Kyoto, Jepun, hari ini.

Jepun kali ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah iaitu 0.5 peratus berbanding 0.63 peratus yang diberikan bagi pinjaman bon Samurai sebelum ini.

Mengenai pendapat pakar kewangan yang mengatakan langkah kerajaan menerbitkan bon baharu adalah berisiko tinggi, Mahathir berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan pandangan pakar.

Jepun kali ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah iaitu 0.5 peratus berbanding 0.63 peratus yang diberikan bagi pinjaman bon Samurai sebelum ini.

Mengenai pendapat pakar kewangan yang mengatakan langkah kerajaan menerbitkan bon baharu adalah berisiko tinggi, Mahathir berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan pandangan pakar.

“Ada yang kata amat bahaya kalau kita guna bon Samurai kerana mungkin nilainya naik, itu satu kemungkinan tetapi kalau kita tidak tukar, kita guna pinjaman yang dikenakan kadar faedah enam hingga tujuh peratus maka itu akan tetap membebankan kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau mahu meneruskan terbitan itu namun pada masa sama akan mendengar pendapat pakar mengenainya.

“Saya mahu meneruskan ini (terbitan bon Samurai kedua), tetapi kita kena dengar pendapat pakar kerana saya bukan pakar…malah saya bukan pakar ekonomi…jadi pendapat saya berkenaan ekonomi pun tidak betul tetapi entah macam mana negara kita dapat dibangunkan semasa saya jadi perdana menteri dulu.

“Bagaimanapun kita tidak boleh berhutang daripada satu punca sahaja, kita mesti berhutang daripada banyak punca, kerana jika satu punca itu bermasalah, kita ada punca yang lain,” katanya.

Ketika ditanya mengenai nilai bon yang akan diterbitkan, Dr Mahathir berkata ia mungkin melebihi nilai terbitan pertama.

Malaysia menerbitkan pusingan pertama bon Samurai pada Mac lepas bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.34 bilion) dengan tempoh matang 10 tahun.

Sumber:

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...