Mahathir tidak setuju ekstradisi Zakir Naik biarpun dipilih sebagai Perdana Menteri bagi kali ketiga

Zakir mendapat suaka politik selepas dikehendaki di India bagi pertuduhan pengubahan wang haram. Sumber (gambar): TTF

محضير تيدق ستوجو ايكستراديسي ذاكر ناءيق بيارڤون دڤيليه سباڬاي ڤردان منتري باڬي كالي كتيڬ

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberitahu satu wawancara baru-baru ini bahawa beliau tidak akan mempersetujui permintaan India untuk mengekstradisi Dr Zakir Naik biarpun dipilih sebagai perdana menteri Malaysia bagi kali ketiga.

Sebaliknya, Mahathir berkata bahawa Zakir, yang memiliki status penduduk tetap di Malaysia sejak 2016, kemungkinan besar akan dihantar ke negara lain di mana “dia akan selamat”.

Beliau menegaskan, hubungan Hindu-Muslim yang tegang di India di bawah Perdana Menteri Narendra Modi telah mendorong Malaysia menolak permintaan ekstradisi Zakir.

“Kami fikir, buat masa ini, dia boleh tinggal di sini, tetapi kami ingin menghantarnya ke negara lain di mana dia akan selamat. Malangnya, tidak banyak negara yang bersedia menerimanya,” katanya. 


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberitahu satu wawancara baru-baru ini bahawa beliau tidak akan mempersetujui permintaan India untuk mengekstradisi Dr Zakir Naik biarpun dipilih sebagai perdana menteri Malaysia bagi kali ketiga.

Sebaliknya, Mahathir berkata bahawa Zakir, yang memiliki status penduduk tetap di Malaysia sejak 2016, kemungkinan besar akan dihantar ke negara lain di mana “dia akan selamat”.




“Keadaan di India berkaitan dengan hubungan Muslim-Hindu tidak begitu baik. Terdapat kes orang yang dihukum orang ramai tanpa melalui perbicaraan.

“Jadi, saya fikir, dia tidak disambut baik di India,” Mahathir dilaporkan sebagai berkata.

Beliau menegaskan, hubungan Hindu-Muslim yang tegang di India di bawah Perdana Menteri Narendra Modi telah mendorong Malaysia menolak permintaan ekstradisi Zakir.

“Kami fikir, buat masa ini, dia boleh tinggal di sini, tetapi kami ingin menghantarnya ke negara lain di mana dia akan selamat.

“Malangnya, tidak banyak negara yang bersedia menerimanya,” katanya.

Zakir mendapat suaka politik selepas dikehendaki di India bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau mendapat status penduduk tetap di Malaysia pada 2016 di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional serta dilaporkan juga mempunyai kewarganegaraan Arab Saudi sejak tahun 2017.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...