Mahathir tuduh Zahid benarkan BN kalah PRU14

Mahathir menuduh Zahid menyebabkan BN kalah PRU14. Sumber (gambar): TTF

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sepatutnya celik mata dan menegur salah laku ketua dan pemimpin dalam partinya sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian Kebudayaan) sempena Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid, yang ketika berucap dalam ceramahnya di Tanjung Piai malam tadi, mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Peguam Negara bertindak menyalahgunakan undang-undang sedia ada.

Dalam ucapannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempersoal tindakan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 18 Februari lalu.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sepatutnya celik mata dan menegur salah laku ketua dan pemimpin dalam partinya sebelum ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan Ahmad Zahid bahawa punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah kerana beliau membiarkan salah laku berleluasa dalam kalangan pemimpin kerajaan dan parti berkenaan ketika itu.




“Masa dulu waktu ada orang curi duit, bos dia curi duit… Dia tak salahkan langsung. Sekarang ini baru nak (mahu) salahkan.

“Pi la (pergilah) balik peringat (ingatkan) diri sendiri kenapa kamu kalah (PRU-14). Kamu kalah sebab kamu tak salahkan bos kamu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian Kebudayaan) sempena Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid, yang ketika berucap dalam ceramahnya di Tanjung Piai malam tadi, mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Peguam Negara bertindak menyalahgunakan undang-undang sedia ada.

Dalam ucapannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempersoal tindakan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 18 Februari lalu.

“Apabila lapan kanak-kanak main basikal di Johor dilanggar oleh seorang wanita, wanita itu dibebaskan seolah-olah tiada bukti. Kanak-kanak itu mati dan jadi arwah. Ini kerajaan double standard,” katanya

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...