Mahathir wants EPF to invest more overseas

18 months after Tun Dr Mahathir Mohamad retired in November 2003, he asked EPF to invest more overseas so that investors can get better returns and as a hedge against recession. It is no use keeping the money under the pillow, said Mahathir, because you earn nothing that way.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

(Utusan Malaysia, 25 April 2005) – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memperbanyakkan pelaburan ke luar negara bagi membolehkan para pencarumnya menikmati pulangan yang lebih tinggi. Bekas Perdana Menteri itu berpendapat, KWSP sudah boleh berbuat demikian memandangkan ia mempunyai dana cukup tinggi sehingga mencecah RM240 bilion.

“Kalau disimpan di sini umpamanya dalam Bank Negara Malaysia, kalau wang itu tidak digunakan, bank tersebut sudah tentu tidak dapat membayar faedah ke atas simpanan tetap itu. Jadi dengan wang yang begitu banyak, saya fikir KWSP harus melabur ke luar negara untuk menambahkan pendapatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di kediamannya di Seri Kembangan di sini hari ini.

Semalam muka depan Mingguan Malaysia melaporkan bahawa KWSP meminta kebenaran kerajaan untuk membuat lebih banyak pelaburan di luar negara bagi menyelesaikan kebuntuan menguruskan RM20 bilion caruman yang diterimanya setiap tahun. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azlan Zainol berkata, kerajaan memutuskan November lalu untuk membenarkan agensi itu melabur hanya sebanyak RM1.9 bilion sahaja di luar negara, iaitu kurang daripada satu peratus simpanannya.

Menurut Dr. Mahathir, dasar membenarkan KWSP membuat pelaburan di luar negara telah ada ketika beliau memimpin kerajaan. Bagaimanapun jelas beliau, jumlah pelaburan tersebut terpaksa dihadkan memandangkan KWSP ketika itu tidak mempunyai dana yang tinggi sebagaimana sekarang.

“Saya setuju (labur luar negara) sebab ia adalah dasar lama, dulu pun kerajaan memberikan kebenaran,” katanya.

Menurutnya, KWSP tidak akan mendapat pulangan tinggi sekiranya dengan wang yang begitu banyak tetapi tidak dilaburkan. Sedangkan jelas Dr. Mahathir, para pencarum terus kekal menyimpan dalam KWSP bertujuan mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

“Hendak buat apa kalau bubuh bawah bantal, kita tidak boleh bayar faedah, jadi kenalah labur,” ujar beliau.

Ditanya tentang jumlah yang sesuai bagi KWSP membuat pelaburan di luar negara, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada pihak berkenaan untuk menentukannya. Jelas beliau, kepelbagaian pelaburan termasuk di luar negara adalah penting kerana ia boleh memecahkan risiko sekiranya negara menghadapi masalah kemerosotan ekonomi.

“Kalau kemerosotan dalam negara, yang luar boleh membantu dan begitu juga jika di luar merosot yang dalam boleh membantu,” kata beliau.

Source: Malaysia Today

Comments

Comments