Mahathir: Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 rapatkan jurang kaya-miskin

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wawasan itu bukan untuk menjadikan semua orang jutawan tetapi memastikan rakyat merasakan mereka mendapat bahagian yang adil mengikut kategori masing-masing. Sumber (gambar): Berta Harían Online

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 akan memberi fokus kepada merapatkan jurang pendapatan antara negeri, golongan yang kaya dengan miskin serta bandar dan luar.

Dr Mahathir berkata, jurang lain yang dikenal pasti adalah antara bandar dan luar bandar yang begitu ketara, dan satu program perlu diwujudkan untuk meningkatkan pendapatan luar bandar.

Justeru kata beliau, pendapatan golongan pekerja perlu dipertingkatkan dengan memberikan mereka latihan dan memastikan mereka lebih produktif, bukan dengan cara hanya menaikkan gaji.

Pada Mei lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baharu dikenali Kemakmuran Bersama, iaitu pembangunan yang tidak hanya dinilai melalui angka, sebaliknya pembangunan dan kekayaan harus diagih lebih adil supaya semua rakyat dapat merasainya.


PUTRAJAYA: Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 akan memberi fokus kepada merapatkan jurang pendapatan antara negeri, golongan yang kaya dengan miskin serta bandar dan luar.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata wawasan itu bukan untuk menjadikan semua orang jutawan tetapi memastikan rakyat merasakan mereka mendapat bahagian yang adil mengikut kategori masing-masing.

Katanya, umum mengetahui dan bersetuju bahawa terdapat jurang dalam negara ini, antaranya antara pendapatan negeri kaya dan negeri miskin seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.


“Kita harus kurangkan jurang antara negeri kaya dan miskin. Ini bermakna tumpuan akan diberikan kepada negeri miskin, jika kita dapat tingkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Perdana Putra di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kabinet.

Dr Mahathir berkata, jurang lain yang dikenal pasti adalah antara bandar dan luar bandar yang begitu ketara, dan satu program perlu diwujudkan untuk meningkatkan pendapatan luar bandar.

“Ketiga adalah jurang antara (golongan) kaya dan miskin di mana kita dapati yang miskin terlalu miskin berbanding yang kaya.

“Umpamanya, eksekutif dalam syarikat boleh dapat RM2 hingga RM3 juta setahun, sedangkan pekerja bawah tidak dapat, jauh sangat perbezaannya,” katanya.

Justeru kata beliau, pendapatan golongan pekerja perlu dipertingkatkan dengan memberikan mereka latihan dan memastikan mereka lebih produktif, bukan dengan cara hanya menaikkan gaji.

“Kita beri latihan kepada mereka supaya mereka ada kecekapan untuk membuat kerja yang lebih canggih.

“Contohnya, kita kini sudah terbabit dalam bidang aeroangkasa, bahkan sebahagian enjin kapal terbang dibuat di Malaysia.

“Mereka yang boleh buat kerja ini memiliki kebolehan tertentu tapi kalau mereka yang kurang kebolehan akan diberikan latihan,” katanya.

Mengulas mengenai kertas perbincangan dalam Mesyuarat Khas Jemaah hari ini, Dr Mahathir berkata, ia sudah dipersetujui secara prinsip dan akan dibentangkan sebagai Kertas Kabinet dalam mesyuarat Kabinet biasa.

“Umumnya kita bincang panjang dan lebar, yang mengambil masa tiga jam. Begitulah seriusnya kita dengan apa yang kita buat,” katanya.

Katanya, kertas perbincangan pada mesyuarat itu dibentangkan secara terperinci oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pembentang kertas, selain turut dibahaskan.

Pada Mei lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baharu dikenali Kemakmuran Bersama, iaitu pembangunan yang tidak hanya dinilai melalui angka, sebaliknya pembangunan dan kekayaan harus diagih lebih adil supaya semua rakyat dapat merasainya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...