Mahathir: Ya, memang saya pernah monolong taikun, tapi…

Menerusi catatan terbaharu di blog Chedet hari ini, Dr Mahathir berkata, itu adalah cara beliau menyelesaikan krisis kewangan yang melanda negara ketika itu. Sumer (gambar): Fail TTF

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tindakan beliau yang disifatkan menguntungkan taikun ketika negara mengatasi krisis kewangan pada tahun 1997-1998.

“Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997-1998. Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menjelaskan, sekiranya beliau tidak bertindak demikian (menolong taikun), kerajaan akan kehilangan cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun.

“Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?,” katanya.


SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tindakan beliau yang disifatkan menguntungkan taikun ketika negara mengatasi krisis kewangan pada tahun 1997-1998.

Menerusi catatan terbaharu di blog Chedet hari ini, Dr Mahathir berkata, itu adalah cara beliau menyelesaikan krisis kewangan yang melanda negara ketika itu.




“Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997-1998. Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.

“Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

“Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita,” katanya menerusi catatan bertajuk ‘Krisis Kewangan’ di blog peribadinya itu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menjelaskan, sekiranya beliau tidak bertindak demikian (menolong taikun), kerajaan akan kehilangan cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun.

Tambah beliau, sebahagian besar dari dana kerajaan juga akan hilang seterusnya mengakibatkan operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan dan segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

“Dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin.

“Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara. Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100 peratus daripada keuntungan akan diperoleh oleh kerajaan.

“Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menasihati kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sewaktu krisis kewangan 1997-1998.

Kerajaan BN dikatakan gagal membantu rakyat sebaliknya menolong mereka yang bergelar golongan korporat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan PH untuk melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan BN sebelum ini.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...