
مهفوظ دعوا ڤاس بوات فليڤ فلوڤ
Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar mendakwa PAS dan UMNO adalah kumpulan yang anti-perpaduan dan anti-kedamaian apabila menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan atas alasan ia membabitkan DAP.
Beliau berkata, sebelum ini PAS sendiri yang menguar-uarkan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan yang akan menyaksikan tiada wujud pembangkang.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan rasa peliknya apabila PAS sendiri sebelum ini bercadang membawa usul percaya kepada Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kekal dengan jawatan itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ini kerana, dakwanya, ketika itu PAS tentu tahu bersama Mahathir dalam kerajaan ialah DAP.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar mendakwa PAS dan UMNO adalah kumpulan yang anti-perpaduan dan anti-kedamaian apabila menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan atas alasan ia membabitkan DAP.
Beliau berkata, sebelum ini PAS sendiri yang menguar-uarkan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan yang akan menyaksikan tiada wujud pembangkang.
“Kenapa hari ini mereka tak boleh terima DAP, sedangkan kalau itu yang dihasratkan untuk melihat kerajaan tanpa pembangkang, maka kita harus terima sesiapa saja untuk berada dalam kerajaan membina kembali Malaysia untuk lebih maju ke hadapan.
“Saya hairan bagaimana politik flip flop dibawa oleh PAS ini yang dahulu mencadangkan kerajaan perpaduan tiba-tiba menolak kerajaan merentasi sempadan parti politik yang dicadangkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad),” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan rasa peliknya apabila PAS sendiri sebelum ini bercadang membawa usul percaya kepada Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kekal dengan jawatan itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ini kerana, dakwanya, ketika itu PAS tentu tahu bersama Mahathir dalam kerajaan ialah DAP.
“Maknanya mereka boleh terima Tun (Dr Mahathir) bawa kerajaan yang ada DAP,” katanya lagi.
Malah, Mahfuz turut menganggap kumpulan itu sebagai tidak berjiwa Malaysia dan anti perpaduan dan kedamaian yang diharapkan oleh rakyat di negara ini.
Sumber:
