Mahfuz: Tuduhan Husam terhadap Mahathir pandangan peribadi dia, tidak ada kena mengena dengan AMANAH

Menurut Mahfuz, jika Mahathir sengaja melengahkan pelantikan wakil senator daripada Pakatan Harapan selepas gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya pada Mei 2018 seperti didakwa, sudah pasti Husam sendiri tidak akan dipilih. Sumber (gambar): Fail TTF

مهفوظ: تودوهن هوسم ترهادڤ محضير ڤنداڠن ڤريبادي دي، تيدق اد كنا مڠنا دڠن أمانه

Ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencadangkan agar naib presiden AMANAH Husam Musa diberikan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perkara ini didedahkan oleh seorang lagi naib presiden AMANAH, Mahfuz Omar, yang berkata, kenyataan Husam yang menyerang Mahathir baru-baru ini tiada kaitan dengan parti itu.

Semalam, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Husam sentiasa gemar menuding jari tanpa mencerminkan kelemahan diri sendiri.

“Pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi PM7 kenapa tidak buat teguran pada saat tersebut. Bila Tun Dr Mahathir Mohamad dah tak jadi Perdana Menteri baru nak cakap ‘itu dan ini’ tak betul.

“Walhal pada ketika itu kerja Husam Musa hanyalah ‘membodek’ Tun Dr Mahathir Mohamad.”


PETALING JAYA: Ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencadangkan agar naib presiden AMANAH Husam Musa diberikan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perkara ini didedahkan oleh seorang lagi naib presiden AMANAH, Mahfuz Omar, yang berkata, kenyataan Husam yang menyerang Mahathir baru-baru ini tiada kaitan dengan parti itu.




“Itu pandangan peribadi dia (Husam) tidak ada kena mengena dengan Amanah,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh FMT.

Menurut Mahfuz, jika Mahathir sengaja melengahkan pelantikan wakil senator daripada Pakatan Harapan selepas gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya pada Mei 2018 seperti didakwa, sudah pasti Husam sendiri tidak akan dipilih.

“Kalau (Mahathir) lengahkan pelantikan senator (PH) tentu Husam pun tidak dilantik sebagai senator, malah Husam dicadangkan Tun untuk jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, tapi dia tolak jawatan timbalan menteri,” katanya.

Semalam, Husam menuduh Mahathir melengah-lengahkan pelantikan senator dalam kalangan ahli parti Pakatan Harapan ketika menjadi Perdana Menteri.

“Saya masuk (jadi senator) selepas PH jatuh tapi ada 16 kekosongan senator pada zaman PH. Tun (Mahathir) macam sudah simpan orang untuk dilantik kemudian di Dewan Negara macam Zahid Mat Arip dan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) dan lain-lain,” katanya.

Mengulas kenyataan ini, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Husam sentiasa gemar menuding jari tanpa mencerminkan kelemahan diri sendiri.

“Pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi PM7 kenapa tidak buat teguran pada saat tersebut. Bila Tun Dr Mahathir Mohamad dah tak jadi Perdana Menteri baru nak cakap ‘itu dan ini’ tak betul.

Loading...

“Walhal pada ketika itu kerja Husam Musa hanyalah ‘membodek’ Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau boleh hari-hari Husam Musa nak jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad di saat tersebut.

“Sekiranya ikhlas Husam Musa harus buat teguran secara jujur di saat Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri Malaysia. Jangan tunggu sehingga tak berjawatan baru nak mempersalahkan orang lain,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...