MAHIADDIN BAKAL GAGALKAN MPN, KERAJAAN BAHARU DI AMBANG KEJATUHAN

Khairuddin Abu Hassan

ماهيا الدين باكل ڬاڬلكن مڤن، كراجأن بهارو د امبڠ كجاتوهن

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Perlantikan Mahiaddin Mad Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara amat mengejutkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Bagaimana seorang mantan Perdana Menteri yang gagal mentadbir negara selama 17 bulan boleh dilantik untuk menerajui MPN.




Mantan Perdana Menteri kelapan yang telah merosakkan pentadbiran negara ini secara amat teruk boleh dilantik sebagai Pengerusi MPN atas dasar apa?!

KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta DYMM Raja-Raja Melayu harus memerhati dan mengkaji situasi ‘merepek’ ini secara mendalam.

Jangan biarkan negara ini dirosakkan secara lebih teruk lagi oleh golongan yang gagal mentadbir tanahair selama ini.

Namun, kebaikan perlantikan Mahiaddin Mad Yassin sebagai Pengerusi MPN amat memunafaatkan kepada blok pembangkang.

Gerak kerja pembangkang akan menjadi lebih mudah kerana kadar liabiliti Mahiaddin Mad Yassin akan menyumbangkan kepada tumbangnya kerajaan baru ini secara lebih pantas.

Lihat saja reaksi keseluruhan rakyat Malaysia bila Mahiaddin Mad Yassin dilantik sebagai Pengerusi MPN; hampir semua komen-komen dari masyarakat umum amat negatif.

Dengan menamakan barisan kabinet baru dan perlantikan-perlantikan baru ala ‘kitar semula’ geraf populariti kerajaan masakini jatuh merudum.

Loading...

Malapetaka kepada kerajaan baru sedang berada di ambang kejatuhan dalam sedikit masa lagi.

Inilah risiko mengitar semula pemimpin-pemimpin gagal dalam barisan kepimpinan kerajaan baru.

Rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaan baru secara amat mendadak!!

Dunia luar juga sedang mentertawakan barisan kepimpinan baru negara kita.

Kini, segalanya adalah ‘wal hasil balik asal.’

Lanskap politik negara akan terus berada dalam keadaan yang amat celaru dan kerajaan baru sekali lagi akan menjadi kerajaan yang tempoh pentadbiran paling singkat dalam sejarah politik negara.

Walaupun KDYMM Yang di-Pertuan Agong sudah menitahkan agar kerajaan baru bersikap lebih terbuka dengan melibatkan tokoh-tokoh pemimpin yang berkebolehan walaupun dari pihak pembangkang untuk sama-sama memikul tanggungjawab sebagai satu Keluarga Malaysia yang tulen tetapi malangnya titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong tidak diendahkan.

Tanpa kesedaran yang ikhlas dari kepimpinan baru negara; sudah pasti negara kita sedang berada di ambang kejatuhan yang kemungkinan besar sukar bagi kita untuk bangun semula.

Sekali ‘nasi menjadi bubur; bubur tidak akan jadi nasi lagi dan nasi tidak akan jadi beras lagi!!’

Tatkala itu sekiranya kita menangis air mata darah sekalipun tidak ada ertinya lagi kerana segala-galanya sudah terlambat!!

WAJIB BACA:

Hubungan Kluster Mahkamah-Ismail Sabri tegang, Najib lemas dalam percaturan sendiri



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...