MAHIADDIN BERTANGGUNGJAWAB SERAH KUASA SEMULA KEPADA KLEPTOKRATS

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

ماهيا الدين برتڠڬوڠجواب سراه كواس سمولا كڤد قليڤتوكرتس

Mahiaddin Mad Yassin dan sekutunya yang menganjurkan ‘Langkah Sheraton’ adalah kalangan yang bertanggungjawab serah kuasa kepimpinan negara kepada golongan kleptokrats.

Golongan kleptokrats yang ditolak oleh rakyat Malaysia pada PRU14 telah diserahkan kuasa semula oleh Mahiaddin Mad Yassin.

Mahiaddin Mad Yassin bukan dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Beliau seorang yang amat angkuh dan hanya bercita-cita rakus untuk jadi Perdana Menteri semata-mata!!




Ilmu politik Mahiaddin Mad Yassin terlalu cetek tetapi pengetahuan politik rakus beliau teramat tinggi!!

Mana-mana manusia yang bersifat seperti Mahiaddin Mad Yassin yang sanggup ‘tikam belakang’ sahabat-sahabat seperjuangan demi untuk mencapai agenda cita-cita rakus politiknya tidak akan diberkati oleh Allah SWT.

Sebab itu kini, akhirnya Mahiaddin Mad Yassin kerana kebodohan percaturan politiknya telah berjaya ditumbangkan oleh puak kleptokrats yang telah berjaya merampas kuasa semula untuk mentadbir negara.

Kepimpinan Mahiaddin Mad Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia hanya mampu bertahan selama 17 bulan saja.

Tempoh menjawat jawatan Perdana Menteri yang paling pendek dalam sejarah politik Malaysia.

Ini balasan tuhan kepada Mahiaddin Mad Yassin seorang ahli politik yang tidak pernah berpegang kepada semangat kesetiakawanan secara jujur.

Sifat membalas budi dan kenang budi tiada dalam jatidiri Mahiaddin Mad Yassin tetapi yang peliknya beliau selalu berbangga menyatakan kononnya dirinya itu anak kepada seorang ulama.

Loading...

Sekiranya bapa seorang ulama belum tentunya anaknya akan menjadi orang yang baik-baik. Mahiaddin Mad Yassin adalah contoh terbaik dalam persoalan ini.

Sebab itu saya dari awal penubuhan parti BERSATU senantiasa mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan mempercayai Mahiaddin Mad Yassin sama sekali.

Percaturan politik Mahiaddin Mad Yassin cukup jahat!!

Sesungguhnya juga, Mahiaddin Mad Yassin tidak mempunyai ‘stature’ untuk bercakap mengenai integriti, korupsi atau salah guna kuasa.

Apakah di zaman beliau menjadi Perdana Menteri ke lapan kepimpinan kerajaannya itu benar- benar bersih?

Dalam ertikata yang sebenarnya, Mahiaddin Mad Yassin juga seorang yang tidak bersih!!

Beliau ‘dua kali lima’ dengan puak kleptokrats UMNO. Sama kotor dan sama jijik!!

Sama-sama kita tunggu selepas PRU15 apabila sekali lagi rakyat Malaysia bakal menolak BN, PN dan kemungkinannya juga PH maka pada waktu itu saya yakin orang seperti Mahiaddin Mad Yassin akan tahu ‘langit tinggi rendah!!’

Setiap kali saya dengar Mahiaddin Mad Yassin bercakap mengenai integriti dan salah guna kuasa; diri saya merasa amat ‘meloya’ dan rasa hendak ‘termuntah!!’

Apa pun sepertimana puak kleptokrats serta anwar ibrahim; Mahiaddin Mad Yassin pun seorang politikus yang amat kotor dan jijik yang tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair.

Mereka inilah yang menyebabkan senario politik negara menjadi ‘haru-biru’ serta bertanggungjawab menidakkan hak rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan yang sah pada PRU14 yang lepas.

Rakyat Malaysia dan semua pengundi harus menghukum politikus jahat seperti Mahiaddin Mad Yassin ini termasuk semua kuncu-kuncu politiknya yang korup serta rakus kuasa!!

WAJIB BACA:

MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...