Mahiaddin ditendang keluar oleh kleptokrats, bukannya letak jawatan secara sukarela

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

ماهيا الدين دتنداڠ كلوار اوليه قليڤتوكرتس، بوكنڽ لتق جاوتن سچارا سوكاريلا

Sebenarnya Mahiaddin Mad Yasin tidak mahu turun dari jawatan Perdana Menteri.

Malu teramat besar menjawat jawatan Perdana Menteri hanya selama 17 bulan dan jatuh merudum disebabkan pengkhianatan dari sekutunya sendiri.

Sejarah merekodkan Mahiaddin Mad Yasin adalah seorang Perdana Menteri paling singkat tempoh perkhidmatannya.




Apa saja alasan bodoh yang diberikan oleh Mahiaddin Mad Yasin, yang pasti, dia telah melalui hukum karma dan sebenarnya disingkirkan oleh rakan sekutu sendiri dari kalangan kleptokrats.

Malah, Mahiaddin Mad Yasin bukan letak jawatan secara sukarela tetapi ditarik sokongan kepada Perdana Menteri oleh seramai 15 orang Ahli-Ahli Parlimen dari kluster kleptokrats.

Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menasihati Mahiaddin Mad Yasin yang perkara ini akan berlaku tetapi pada waktu itu keangkuhan, kedegilan, kerakusan serta kebodohannya diletakkan melepasi kepentingan semangat kesetiakawanan sesama rakan-rakan dalam PH.

Allah SWT menghukum dan menjatuhkan keaiban kepada Mahiaddin Mad Yasin di atas muka bumi ini.

Pengkhianatan Mahiaddin Mad Yasin dibalas dengan pengkhianatan dari sekutunya sendiri.

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil.

WAJIB BACA:

Isu lucut hak: Cuba Najib nafi fakta ini…

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...