Khairuddin Abu Hassan
ماهيا الدين ترلالو كماروك كواس – كونونڽ تق سسواي ڤلياهن راي، تاڤي ڤڤبم تتڤ ترليبت ڤرن جوهر
Demi hendak jadi Perdana Menteri dia sanggup bunuh sesama sahabat pengasas parti BERSATU termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin lain.
Kalau Mahiaddin Md Yassin kononnya tak mahu tinggalkan UMNO takut kerajaan tumbang dan terpaksa adakan PRU15 di saat jangkitan meningkat; mengapa parti BERSATU tak boikot saja PRN Johor??
PRN Johor bakal berjalan di waktu jumlah kes jangkitan makin menggila. Pada masakini, jumlah kes baharu menjangkaui lebih dari 10,000 orang.
Jika hendak guna alasan takut dengan penularan wabak ini, kenapa di Melaka dahulu mereka setuju adakan pilihanraya negeri?!
Sebenarnya, Mahiaddin Md Yassin tidak mahu tinggalkan kerajaan kerana bersama UMNO yang korup mereka semua boleh terus merompak khazanah kerajaan serta duit rakyat hingga Parlimen dibubarkan.
Mereka ini semua kalangan gila kuasa dan rakus kuasa untuk terus melaksanakan agenda kepentingan diri sendiri bukan untuk selamatkan bangsa serta negara.
Puak-puak ini termasuk Mahiaddin Md Yassin hanya pentingkan ‘pangkat,’ ‘perut’ dan ‘poket’ semata-mata.
Jangan sesiapa izinkan Mahiaddin Md Yassin memperbodohkan rakyat lagi.
Sesungguhnya, Mahiaddin Md Yassin adalah pengkhianat nombor satu negara yang mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang memilih PH sebagai kerajaan yang sah.
Pengkhianat Mahiaddin Md Yassin adalah orang yang bertanggungjawab menyerahkan semula kuasa kepada UMNO dan puak kleptokrats.
Lanskap politik negara menjadi kelam-kabut pada hari ini disebabkan oleh agenda rakus serta jahat Mahiaddin Md Yassin.
Hanya PEJUANG kekal berprinsip!!
WAJIB BACA:
KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS
