Khairuddin Abu Hassan
ماهيا الدين تياد مرواه، رامڤاس ڤرتي چتوسن ايديا تون تتاڤي مڠاكو ءڤڠاسسء
Saya adalah orang yang pertama mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jangan sama sekali percaya pada Mahiaddin Md Yasin ketika hendak tubuh parti BERSATU.
Pada waktu itu Mahiaddin Md Yasin memohon kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar biar urusan pendaftaran bagi penubuhan parti BERSATU dilakukan oleh pegawainya.
Walaupun jawatankuasa pro-tem telah ditubuhkan bagi tujuan penubuhan parti BERSATU pada waktu itu namun Mahiaddin Md Yasin mengarahkan pegawai-pegawai beliau untuk buat kawalan agar orang lain tidak perlu terlibat untuk tujuan tersebut.
Ini membuktikan bahawa Mahiaddin Md Yasin sudah mempunyai agenda untuk ‘control’ parti BERSATU dari hari pertama penubuhannya.
Inilah yang saya seringkali pertikai kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dari awal penubuhan parti itu.
Sepatutnya penubuhan sesebuah parti baru kena melibatkan kesemua ahli-ahli jawatankuasa pro-tem bukan hanya dimonopoli atau dikawal oleh pegawai-pegawai Mahiaddin Md Yasin saja.
Sesungguhnya, saya masih ingat kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada Allahyarham Sulaiman Palestine bahawa mana-mana tujuan pendaftaran sesebuah parti baru mesti dilakukan secara kolektif oleh kesemua ahli-ahli jawatankuasa pro-tem secara membahagi tugasan masing-masing.
Jangan benarkan seseorang saja mendaftar parti baharu tersebut kerana di masa akan datang individu tersebut mungkin menyatakan itu parti beliau dan urus tadbir mengikut citarasa peribadinya.
Inilah yang berlaku kepada parti BERSATU dari hari pertama penubuhannya.
Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu ikhlas dengan Mahiaddin Md Yasin dan meletakkan kepercayaan kepadanya untuk mendaftar parti BERSATU.
Dari awal lagi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan untuk menubuhkan sebuah parti baharu bagi menggantikan parti UMNO yang terlalu korup serta rosak secara berskala besar.
Malangnya, Mahiaddin Md Yasin ini kaki penipu dan telah berjaya meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar urusan pendaftaran parti BERSATU ditangani sendiri oleh beliau serta pegawai-pegawainya.
Perkara kedua yang tidak masuk akal yang diterangkan oleh Mahiaddin Md Yasin kepada saya ialah mengenai perlembagaan parti BERSATU pada ketika itu.
Bila saya soal Mahiaddin Md Yasin bagaimana beliau deraf perlembagaan BERSATU dan secara spontan menyatakan kepada saya menciplak perlembagaan UMNO dengan melakukan sedikit perubahan.
Perbuatan ini pun tidak logik sama sekali dan satu pendekatan yang salah.
Macamana sebuah parti baru yang berumur sehari hendak pikul perlembagaan UMNO yang berusia 60 tahun?!
Terlalu berat untuk parti BERSATU memikulnya. Ini juga merupakan faktor kegagalan parti BERSATU.
Sebab itu pada hari ini keseluruhan rakyat Malaysia kena tolak Mahiaddin Md Yasin secara total kerana beliau adalah seorang yang tidak berkebolehan untuk memimpin serta kaki penipu yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Walaupun Mahiaddin Md Yasin tidak ada otak dan tidak layak sama sekali untuk menjawat jawatan Perdana Menteri; cita-cita politiknya terlalu besar.
Akhirnya kini, Mahiaddin Md Yasin tidak mendapat keberkatan dari Allah swt dan hanya mampu jadi Perdana Menteri Malaysia selama 17 bulan serta tempoh terpendek dalam sejarah politik Malaysia.
Kemungkinannya, Mahiaddin Md Yasin boleh menipu sesama manusia dengan menyatakan bahawa parti BERSATU ditubuhkan oleh beliau bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad; namun Allah swt Maha Mengetahui.
Dalam isu ini saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana ramalan saya terhadap manusia terkutuk yang bernama Mahiaddin Md Yasin ini cukup tepat sekali dengan izin Allah swt kerana segalanya terbukti berlaku.
Seseorang yang tidak tahu membalas budi atau mengenang budi tidak akan dapat keberkatan dalam penghidupannya.
Inilah penghidupan tidak bermaruah Mahiaddin Md Yasin dan Allah swt tidak lagi mengangkat darjatnya sehingga setiap hari majoriti daripada rakyat Malaysia hanya menyumpah seranah mantan Perdana Menteri hanya selama 17 bulan itu!!
Sifat buruk dan paling keji Mahiaddin Md Yasin adalah beliau seorang yang sanggup tikam sahabat sendiri yang banyak berjasa kepadanya demi bagi mencapai matlamat rakus cita-cita politik peribadinya.
